Sunday, July 27, 2008

Realiti dan fantasi

Sekarang jam dah 4.23pm, aku rasa macam dah ter"overdose", berat kepala dan roh ku amat keletihan. banyak benar kerja2 yang terpaksa aku selesaikan, sekarang ni aku buat 3 kerja dalam satu masa. bukanya aku sorang je staf yang ade kat sini, ramai dan ramai lagi staf2 yang lain tapi bos suruh aku gak yang uruskan. bila aku kena ganti dia gi mesyuarat, maknanya akulah yang akan meneruskan kerja2 "hasil" daripada mesyuarat tersebut.

bila balik rumah je aku rasa amat letih, kul 10 malam aku dah merasa mengantuk sangat2, kadang2 sampai terlena atas kerusi depan tv, tv dah acap kali ketawakan aku ... masa drive balik rumah pun kadang2 fikiran ku melayang2, fikir pasal kerja dan tindakan2 yang perlu aku lakukan esok. kadang2 konsentrasi ku hilang, mata memandang federal highway tapi roh dan jiwa ku melayang entah kemana-mana! mahu saja aku "on"kan suis auto pilot, tapi aku pandu vios bukanya boeing 747.

bila badan letih aku dah tak ade selera nak makan, aku nak rehat je, rehatkan minda, mungkin cikyah boleh tolong, tolong "rehat"kan minda ku sekejap, macam yang bonda ku selalu buat, aku nak baring, usapkan rambutku hingga aku tertidur, dengan penuh kasih dan sayang,

Tuesday, July 15, 2008

Mengintai Langit Di Tasik Kenyir

Setiap hari ku tulis
Yang ku telah jatuh cinta
Tapi ku rasa bersalah
Tidak ku nyatakan padamu
Adakah engkau merasa
Apa yang sedang kurasa
Terpanah tancap asmara
Harapnya kau dah terima
Maafkan aku kerna menyintamu
Maaf jika ku tak padan dengan mu
Tapi ku berjanjiKau juwita hati
Akan ku jaga hingga akhir nanti
Maafkan aku terus memujamu
Maafkan aku yang terlanjur merindu
Di dalam hujan renyai
Aku mengintai langit
Mengharap engkau akan setuju
Menyintai aku
Menyanyi dan bisikanlah sayang
Baik nyata dalam jiwa
Tak tahan rasanya menanggung kasmara
Agar dapat ku lelapkan mata
Mengkhayalkan mu
Bermimpikan mu
Sepanjang malam ku

Tasik Kenyir2

Alamak... camne ni, jam dah kul 6.30pg, semalam aku dah set hp jam 5.45pg, camne boleh tak sedar ni... aku terus bangun, masuk bilik air,buat ape yang patut dan ambik air sembahyang sebab subuh dah nak habis (silap2 dah habis kot) sebelum tido semalam memang aku dah niat nak bangun awal, sebab nak rasai kesegaran bayu pagi kat sini (macam bagus je) tapi tak pe, sebab kat luar sana mentari tak keluar lagi mungkin sebab kawasan disini yang dikelilingi oleh bukit bukau.

selepas selesai sembahyang aku berdoa untuk diberi kesihatan,kemudahan dan rezeki yang melimpah (bukan ape, untuk aku dermakan kepada insan yang memerlukan) dan tak lupa buat kedua ayahanda dan bonda, ahli keluargaku, kaum kerabat dan teman2) aku keluar ke laman untuk merasai kesegaran pagi.

aktiviti pagi ni adalah memancing, memancing? aku pun naik pelik dan hairan, aku bukanya suke sangat gi mancing ni, tapi oleh kerana kawan yang sorang tu beriya - iya sangat nak gi, maka kami semua pun setujula. Macam biasa, selepas sarapan pagi kami pun bertolak naik boat ke kawasan lubuk ikan. masa makan tadi, kawan aku tu mintak nak sarapan dengan roti canai, ahahahahah, apela mamat ni, "kat sini mana ade orang sarapan dengan roti canai, kat sini pagi2 orang makan nasi", aku bagitahu dengan penuh semangat.

Pagi tu aku jumpa lagi dengan pakcik boatman tu, aku bagi salam dan dia jawab, sambil senyum dia tanya aku, "lena ko tido semalam?" aku jawab, "ok, peluk bantal terus terbang". pakcik tu kata dia akan bawa kami ke kawasan lubuk ikan. kawan aku tu nak mancing kat lubuk kelah. pakcik tu kata kat sana tak boleh mancing, itu satu kesalahan, oklah kami ikut je ..

kita dok mancing lebih kurang 3 jam, seronok ke? bolehla.. yang pentingnya kawan2 aku tu semuanya happy dan seronok. aku dapat 5 ekor ikan, 3 ikan lampam dan 2 ikan sebarau, yang paling banyak dapat ialah pakcik tu la . hampir nak tengahari baru kita balik ke chalet. ikan2 tu semua kita bagi kat pakcik untuk dimasak. sebenarnya aku tak berapa suke makan ikan ni semua, bukanya ape, sebab ikan air tawar ni banyak tulang, aku tak makan ikan yang banyak tulang, kalu ikan tu tak banyak tulang ok ..

makan tengahari pun best gak, pakcik tu kata, "ikan tadi tak sempat nak masak, kita makan lauk yang lain dulu, ikan tu kita makan malam ni", kami semua ok je, sebab dah lapar kami pun tak nak cerita panjang dengan pakcik tu, ape lagi kami pun terus ke agenda seterunya, makan tengahari, sedappp.. (al maklumlah orang tengah lapar)

petang tak buat ape2, tapi adela gi jalan2 kat sekitar chalet dan tinjau2 keindahan chalet2 yang lain. manalah tahu takut2 pas ni nak datang lagi, bolehlah dok chalet yang lain pula.
best gak tengok2 orang, ade yang datang dengan family, yang datang berpasangan pun ade ..mungkin baru kahwin kot :)

malam, aktiviti aku macam biasa, lepak kat cafe, heheheheheh masuk ym la, ape lagi, bercerita dengan cikyah, tapi line aku kerap mengalami masalah, al maklumlah, aku access pakai hp, susah sikit bagaimana pun daripada tak ade, baik ade, daripada tak dapat, baik dapat, sikit2 pun jadila, cikyah kan? kan?

malam tu sebelum tido aku dengar lagu yang baru aku download, "mengintai langit" best lagu tu, mula2 dengar dulu entah ape2 tapi bila dah lama, baru "rasa" , maksudnya ... ape ye? dalam maknanya tu cikyah, dalam tu ... sebab "dia" tak berani nak tengok depan2, jadi dia intai2 je lah, sebab di langit ade bintang yang berseri serta bersinar dan rembulan yang cantik menawan, mungkin tak padan dengan dia ... kan cikyah, kan?


Tasik Kenyir

Hi, seru dah sampai kot, kuikuikuikui... banyak yang nak ditulis tapi nak mula kat mana ye.. oklah percutian di tasik kenyir amat menyeronokan dengan suasana yang tenang, senyap dan sejuk, sebab petang2 je hujan, hujan je siap dengan ribut sekali. Sejukkk, kita sampai sana pagi 5hb julai lebih kurang jam berapa ye.... lupa pulak, mungkin sekitar 10pg kot. lepas check in, kita jalan2 sekitar chalet, tengok2 kawasanla katakan sambil sedut udara segar. ingatkan tak ramai orang yang datang, rupa2nya ramai, adelah dalam 5 buah bas sewa khas, apela diorang ni, orang datang sini dia pun datang jugak, pergila bercuti kat tempat lain....

first day tak banyak aktiviti yang kita orang buat, cuma ronda2 dan pusing2 sekitar tasik dengan speedboat. Aku dah biasa dengan pemandangan ni semua, cuma kawan2 yang tak pernah datang tu la yang nampak teruja sangat. aku cuma cerita2 dengan pakcik boatman tu je, tanya pasal sejarah tasik ni. mungkin korang semua tak tahu yang dulunya kawasan tasik ni merupakan kawasan beberapa buah kampong. air tasik ini berpunca daripada pemesongan aliran air sungai dan pembinaan tasik ni telah menyebabkan kampong2 tersebut di"lenyap"kan. pakcik tu bagitahu semua penduduk asal telah dipindahkan, diberi pampasan dan penempatan baru, kata pakcik tu lagi, bila air sungai dilepaskan masuk, dengan pelahan - lahan kawasan kampong tu akan ditenggelami oleh air dan cuba korang bayangkan jika kampong tu kampong halaman kita, sedihkan? kan? tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain! aku suke dengar pakcik tu bercerita, sebab banyak benda yang aku tak tahu dia bagitahu, maklumlah orang "lama" .

aku tanya gak pakcik tu, manalah tahu takut2 ade naga kat dalam tasik, ade ke cerita yang pelik2 atau pengalaman2 yang mistik, sebab aku suke dengar cerita2 yang macam ni...
pakcik tu cuma senyum, dia kata kat sini banyak gajah dan harimau pun ade! aku kata. "alah, tu semua tak best, cerita macam nenek kebayan ke .. tuan puteri ke .. tak ade?, pakcik tu senyum lagi dan berkata, "tak payahla cerita macam tu".. aku tahu kat sini memang ade, cuma pakcik tu je yang tak nak cerita, tapi tak ape, esok masih ade...

kat sini aku asyik makan je, yelah.. masakan kampong, lagipun semuanya sedap2 yang paling best bila malam, yelah...sebab aku akan lepak kat cafe chalet tu sambil minum kopi o panas atau tea panas dalam persekitaran yang sejuk dan nyaman tapi tu semua alasan aku je, hehehehhe .. sebenarnya aku lepak kat cafe tu sebab kat situ aku boleh access internet (sukenya aku) aku masuk ym la, ape lagi (cerita2 dengan cikyah la)

time tido .. bestnya, aku on tv (sebab tak nak rasa sunyi sangat) on aircond, tarik selimut dan peluk bantal. ade gak kadang2 tu aku senyum sorang2, (yelah kan, aku baru je lepas ym dengan cikyah) pas tu .. aku terus blackout ..

Tuesday, July 1, 2008

Cik Yah

Kita suke panggil nama tu, "cik yah" seperti yang kita ceritakan semalam, nama cik yah macam orang dah kahwin, dah ade anak dan mungkin seorang ibu yang agak sibuk dengan aktiviti harian (tapi bukan ahli mesyuarat tingkap) cute la nama tu buat ida, kita suke ..
cik yah, hari sabtu ni jo akan ke tasik kenyir, kawan nak gi tengok tempat pembiakan ikan kelah, jo pun tak pasti kat area mana, kita cuma pernah tengok kat tv je tapi sampai sana kita tanya orang la.

pastu mungkin hari isnin 7/7 kita akan ke pulau perhentian dan balik semula keesokan harinya. kalu cik yah boleh ikut sama mesti bestkan, bolehlah kita jalan2 dengan cik yah, kita chit chat sampai pagi, tak payah tido tapi cik yah mesti kena buat air untuk jo, alah untuk jo je ... bolehlah kita minum sama2. kita tahu la cik yah memang tak suka buat kejer dapur, betul tak?

pas ni mungkin 5 - 6 hari jo tak akan online, pasti jo akan "rindukan" cik yah dan kita tahu cik yah pun pasti akan ingat kat kita, masa jo tak ade, cik yah jagalah diri baik2, jangan nakal2 dan jangan main mata (cik yah ni suka main mata ke?) jo tahu cik yah ramai kawan internet dan mungkin cik yah tak sunyi lagi pun jo ni apala sangat, kan?

oklah cik yah, jam dah 8.00am sharp, jo nak selesaikan kejer2 yang ade ni dulu sebab minggu depan nak g holiday. mungkin cik yah belum bangun lagi tapi kalu dah bangun cepat2 bukak blog jo. kalu buat air milo tu jangan lupa minum untuk jo sekali ..

Buah manggis


Manggis (Garcinia mangostana) adalah pokok tropika malar hijau dan dipercayai berasal dari Kepulauan Sunda dan Maluku. Pokok manggis boleh tumbuh dari 7 hingga 25 meter dan menghasilkan buah berwarna ungu pekat yang boleh dimakan. Buah manggis dikenali sebagai "ratu segala buah".

Kulit buah manggis agak keras dan dengan garispusat 4-6 cm. Buah manggis terdiri daripada isi warna putih yang berukur garispusat 3-5 cm. Bergantung kepada saiz dan masak, ia mungkin berbiji. Rasa manggis boleh dibandingkan dengan strawberi putik dengan rasa-rasa manis limau. Buah manggis jarang dijual di negara Barat kecuali di kedai runcit Asia. Kulit manggis menghasilkan warna merah, dan amat sukar ditanggalkan.

Manggis dibuka dengan mengopek bukannya dipotong. Buah manggis dipegang dengan kedua belah tangan, ditekan perlahan-lahan sehingga kulitnya terbelah. Selepas itu, ianya mudah untuk membuka dan mengambil isinya. Buah manggis amat berkhasiat. Bahan aktif xanthone dalam buah manggis mempunyai khasiat yang amat menakjubkan, terutama di bahagian dalam kulit dan biji manggis. Ramai saintis telah mengkaji khasiat buah manggis sejak tahun 1970an.
Xanthone iaitu bahan aktif dalam buah manggis dapat membantu pelbagai jenis masaalah seperti alergi, resdung, lelah, pelbagai penyakit kulit seperti eczema, gatal-gatal, psoriasis, seborrhea, jangkitan kulat, luka-luka yang biasa pada mulut, melecur, selepas pembedahan, penyakit darah tinggi, kencing manis, lebihan kolesterol , keletihan, kekurangan darah, ulser, gastrik, saluran usus yang bengkak dan pelbagai lagi masaalah.

Manggis apabila dimakan memberi implak ‘penyejukan’ (cooling effect). Maka adalah disarankan untuk memakan buah manggis selepas memakan ‘raja buah’ iaitu durian. Ramai yang tidak mengetahui bahawa manggis juga merupakan bahan yang digunakan dalam perubatan tradisional sejak turun-temurun. Selama ini kita hanya fokus kepada isinya yang putih bak kapas untuk menikmati kelazatan buah tersebut.

Kesimpulannya, nilai perubatannya yang telah diketahui ‘menakjubkan’ serta tidak sangsi lagi bahawa buah kurniaan Tuhan ini sangat memberi manafaat untuk kesejahteraan dan kesihatan kepada manusia