Wednesday, November 12, 2008

kawan lama

Hi, semalam aku terjumpa dengan seorang kawan lama. kami sama2 belajar di kolej persediaan dahulu, cuma dia lain university dan lain jurusan, kalu tak silap aku dia ambik geology di indiana university,bloomington. banyak perubahan pada kawan aku tu, maklumlah kami dah lama tak jumpa.

aku ajak dia lepak kat sogo sambil minum2 dan borak2. dia bagitahu aku yang dia sekarang ni kejer dengan petronas dengan gaji yang amat lumayan dan telah pun kahwin (hehehehe, dah kahwin....) yang bab kahwin ni aku terkejut sikit, kenapa ya... apa taknya, dia kahwin dengan kawan satu kolej dulu juga, yang kami kenali sebagai "wanita melayu terakhir" , yang aku hairan, dulu dia tak kawan pun dengan perempuan tu, maklumlah perempuan tu cantik dan ramai sangat yang nak try.

masa kami borak2, aku cubalah tanya, nak cari rahsia bagaimana dia dapat pikat hati perempuan tu, dengan senyum dan selamba saja dia jawab, "aku memang dah lama suka kat ... tu, cuma tak berani nak bagitahu je, kebetulan bila fly, kami dok satu u". aku tanya lagi, " so apa kena mengena kalu dok satu u?' dia kata " yala, kami dok satu u, rumah sewa susah nak dapat, jadi kami sewa satu rumah dan dok sama2", dia terus gelak. jadi aku fahamlah, mana boleh dok sama2 satu rumahkan, berdosa ... jadi untuk selesaikan masalah tu, kawan aku pun kahwinlah dengan .... , mereka kahwin kat sana dan mendapat restu dari kedua orang tua mereka.

yang pastinya sekarang, mereka saling sayang dan menyintai, betul kata orang, tak kenal maka tak cinta, jodoh di tangan tuhan, cinta selepas kahwin memang indah (ini kawanku yang cakap) dan aku doakan semoga mereka terus bahagia dan kekal hingga akhir hayat ...

Sunday, November 9, 2008

bila orang dah bosan ...

hi, bertemu kita buat sekian kalinya. "bila orang dah bosan", begitulah bunyi kisah kita pada kali ini. bila orang dah bosan bermakna bila kita dah tak diperlukan lagi (mungkin) atau pun kehadiran kita dah tak de maknanya lagi atau dengan bahasa yang lebih mudah, hayatilah perbualan berikut;

aku: ade cerita tak?
dia: tak de
aku: ade nak cakap apa2 kat saya?
dia: tak de
aku: kenapa cam tu?
dia: tak tahu apa nak cakap

tapi aku tak nak ambil serius sangat pasal tu semua, biasala dalam kehidupan tak semuanya seperti yang kita kehendaki. kadang kala dalam hidup ni kita diperlukan dan ada pula tu "kita tak de pun tak pe" tapi mungkin aku je yang rasa macam tu? sensitif sangat kot... yalah, semenjak dua menjak ni aku sangat sibuk, banyak kejer dan banyak mesyuarat yang perlu dihadiri. kadang-kadang aku rasa macam perlukan perhatian dan sedikit "sentuhan" mungkin sebab tu aku mudah sangat terasa. mungkin juga sebab aku penat otak dan bila dapat berbual-bual dan dengar cerita, tension dan penat aku akan beransur hilang.

buat orang tu, sorryla kalau aku terkasar bahasa dan tersilap tulis. aku pun buat silap juga. semalam aku chat sambil buat kejer, tu yang tak dapat nak tumpu perhatian. semalam aku buat 2 kerja dalam 1 masa, mungkin orang tu terasa hati, manala aku tahu, aku minta maaf ya, aku ni asyik dok pikir pasal aku saja, maaf banyak-banyak, "jo, awak pun kena jaga hati orang lain juga, jangan pikir pasal awak je", "ok, sorry, saya minta maaf ya, :)

habis dah cerita aku....