Sunday, October 19, 2008

sesat mencari mu...

Sesat Dalam Rindu
Ku
resah mencarimu dengan akal
Dengan
bersama sifat-sifat pinjaman
Kau
ku rasakan semakin menjauh
Tersesatlah aku dalam rindu mu
Ku
satukan firasat mencari mu
Dan ku
terlontar di penghujung alam
Kau
masih tidak dapat ku jejaki
Betapa malangnya nasib ku
Kerana mu
ku tinggalkan segalanya
Sendiri aku terpedaya
Punya akal dan firasat yang tidak ke mana
Hanya jalan yang sengsara
Zahir musnah bagi yang mimpi
Zahir ada rahsia mencari
Lalu ku selami di dalam diri
Dibawa arus nafas ku
Asal serah janji dahulu
Mula hidup pasti mula cinta
Engkau kasih ada di sini
Engkau kasih ada menanti
Kau kasih
aku jua kasih ...

Tuesday, October 14, 2008

demam lepas raya

Mood 1
lepas cuti raya hari tu aku demam,sakit sendi,pening kepala dan selsema. rasa malas nak gi kerja tapi sebenarnya mood aku yang tak ada, entah kemana menghilang. aku sambung lagi cuti, sepatutnya aku masuk office 7/10 tapi sambung lagi sampai 12/10. aku talifon office kata aku tak sihat.

mungkin sebab cuaca, masa drive balik ke trg hari tu cuaca agak panas dan jalan dan mula sesak. cuaca kat trg siang panas, petang mendung dan malam hujan, tengah malamnya pulak sejuk sangat, itula pasal aku dapat selsema. aku bertolak dari subang jaya jam 3.00 pagi, aku bersahur di shell petrol station, kat mc D sebelum masuk highway karak, area gombak.

aku ikut laluan lebuhraya pantai timur, keluar ikut tol jabor pas tu ke cherating, dungun, marang dan sampai ke k.trg ( orey.. balik kg ) sampai kat cendering + - jam 2.30pm. biasa aku drive selama 3 jam pas tu rehat sekejap. rehat pertama selama 1 jam, rehat ke dua 15 minit dan kebiasaanya aku akan berhenti rehat sebanyak 3 kali setiap kali aku balik ke kg atau dari kg ke subang jaya.

Mood 2
sambung balik cerita pasal aku demam, aku sampai di rumah di s.jaya jam + - 6.30 pm, badan dah letih dan lapar ( belum puas lagi makan rendang ) malasnya rasa nak kemas baju, aku terus lepak depan tv sambil menikmati air vanila coke.. lega ..

tiba2 je kepala aku terfikir pasal kerja, alamak malasnya, masih dalam mood raya ni.. ramai off. mate yang masih cuti lagi, keutamaan cuti diberi kepada mereka yang dah berkeluarga, yalah .. aku pun faham, aku orang bujang, mereka kata kat perlu cuti lama2
lepas sembahyang maghrib, badan aku dah rasa lain macam, sah aku ni demam, sakit kepala, batuk dan selsema. aku buat keputusan esok kena sambung cuti lagi, esok aku kena gi klinik.

Mood 3
esok jam 11.30pg aku terus ke klinik di s.jaya untuk mendapatkan rawatan. punyala ramai orang yang dah duduk menunggu untuk mendapatkan rawatan. kalu tak silap aku, aku no 13. lepas2 raya ni rupanya ramai orang yang tak sihat, mungkin kerana makan banyak kot kuikiukiukuikuik

aku tak kisah, lagi pun aku bukanya nak cepat, aku boleh tunggu sambil baca majalah kat klinik tu, boleh juga aku perhatikan gelagat orang yang ada kat situ. petugas kaunter tu pun boleh tahan jugak, kalu sakit sikit2 boleh baik kuikuikuikui... ( jangan marah ye.. )

entah...


Part 1
aku nak luahkan sesuatu dari apa yang aku rasa, tapi tak kisahlah apa yang orang lain nak kata. aku ni sebenarnya jenis yang susah sikit nak luahkan sesuatu, suka pendam tapi orang kata pendam ni bahaya, memang betul, aku akui, kalu kita tak luahkan mana orang tahu perasaan kita atau apa yang hendak kita sampaikan.

masa aku form 5 dulu, aku pernah buat kejer bodoh, jangan gelak! memang betul, masa tu aku sangat tergila2 kat seorang budak perempuan dari salah sebuah sekolah berasrama yang lain. kami jumpa sewaktu sekolahku menjadi tuan rumah pertandingan pidato peringkat zon dan diikuti dengan program2 sekolah yang lain. kami sebaya dan masa tu tengah nak ambik spm.

kami selalu buat study group, biasala, masa tu memang bersemangat giler, janji jumpa jam 9pg, jam 8.30pg aku siap dah heheheheehh,aku... yalah, aku cuma nak luahkan perasaan yang aku sangat sukakan dia dan aku tahu dia pun suka padaku, kalu tak masakan dia sanggup bersusah payah datang.

korang tahu apa yang aku buat, biasalah orang yang penakut macam aku ni.... aku dapat idea, aku ambil keratan paper lama(NST) dan aku cantum2kannya dan aku tampal di atas kertas putih A4, menjadikan bait2 lagu cinta .. arggg!!!, lagu ape? mana boleh bagitahu, rahsia... dan yang lebih teruknya, kertas tu aku hantar secara pos ke sekolahnya, hehehehehehii, sampai sekarang aku pun tak pasti samaada dia terima atau tidak surat yang aku poskan tu... ( apalah jo ni )

kesudahanya? .. kesudahanya takdir menentukan, dia sangkut dalam spm, sesuatu yang diluar dugaan dan aku menjadi orang yang paling sedih kerana hajat untuk melanjutkan pelajaraan bersama tidak kesampaian. dia menyambungkan pelajaraan di sebuah kolej swasta dan jumpa ramai kawan baru. aku pun sibuk dengan pelajaraanku dan kami sama2 sibuk ( agaknya lah )
dan yang pasti raya tahun lepas, dia telah menyambutnya bersama lelaki pilihanya. ( yala, raya tahun lepas aku tak jadi nak gi beraya kat rumah dia apa? nanti laki dia tanya, aku nak jawab apa? )

Part 2
sekarang? ya sekarang .... sekarang aku dah jumpa seorang gadis yang manja dan manis, heheheheheheheh.. ye ker? entah... jumpa tapi tak pernah tengok! rasa tapi tak pernah pegang! cinta padanya? entahlah, tapi yang pastinya aku dah mula rindu dan sayang padanya ( ha2 .. tak tahu ) tak boleh nak ganggu dia sebab dia masih lagi study, biar dia habis study dulu pas tu bolehlah kalu nak goda2 dia heheheheheh... aku pasti akan goda dia sampai cair kerana aku tahu sekarang pun dia dah mulai cair dengan ku ( aalah jo... eksen je tu.. )

Saturday, October 11, 2008

cinta

Cinta .... pada pendapat aku untuk menghadirkan cinta kita perlu ada; kasih,sayang dan rindu. cinta itu buta,ya... aku setuju, kerana cinta tidak mengenal usia dan rupa. memang takut untuk melafazkan kata2 cinta jika dihati belum ada perasaan kasih,sayang dan rindu.

kita boleh mengasihi semua orang, sayang pada mereka yang rapat dengan kita dan rindu pada mereka yang berjaya menawan hati kita. hati yang rindu akan selalu bercakap2, jiwa tidak ketentuan, apa yang dibuat serba tak kena selagi wajah yang didambarkan tidak muncul di depan mata.

rindu tak semestinya dapat diubati dengan pandangan mata,luahan rasa juga lebih dari segalanya walaupun dengan media yang berbeza. internet contohnya, ym dan sebagainya dan
kadang kala ianya lebih kronik. keikhlasan penting dalam setiap percintaan kerana percintaan juga merupakan satu perkongsiaan. menerima cinta ibarat menerima satu tanggongjawab dan ianya perlu dilaksanakan dengan baik dan jujur, "tiada rahsia antara kita"

cinta sehingga akhir hayat, membawa ke mati, dari muda sampai ke tua, semasa sihat semasa sakit, susah senang tempuh bersama. cinta sejati sangat mahal harganya, bagi ku cinta sejati adalah bila aku lafazkan "aku terima nikahnya....." dan akan ku bina sebuah keluarga yang bahagia

cinta sejati akan bersatu dengan ijab dan kabul yang menghalalkan sesebuah hubungan zahir dan batin, akan ku ikat kau kemas dengan ikatan cintaku sebagai tanda kau milikku selamanya, insyallah.