Saturday, August 15, 2009

lagu

setiap kali buka blog ni pasti akan kedengaran lagu sheila majid tu, "kerinduan" tapi saya rindu kat sapa ye? tiap kali dengar lagu tu, hati akan rasa sayu, macam ada sesuatu yang terbuku. kenapa masukan lagu tu? saya memang minat dengan lagu tu (minat dan suke dengar)

dari dulu lagi saya suka meluahkan perasaan atau apa saja yang saya rasa melalui lagu, bagi saya itu lebih berkesan dan mesejnya lebih sampai kepada yang dituju. lagi pun nak cakap sendiri saya tak reti (takut?), mungkin tak yakin kot .. heheheeee..

bagi yang faham lagu tu, itulah perasaan dan luahan saya. jiwang ke? tak lah... mana ada, saya cuma suka cara tu, lain orang lain caranya kan? bagi yang berani, terus main hentam je, kan? ye lah ... awak kan kaki pukul, mana boleh saya nak lawan, kan.. kan..

semalam di bangi

hi, sebenarnya dah lama nak tulis kat sini, tapi sorrila saya memang tak de masa sangat2, jangan la marah, awak ni selalu sangat nak marah2, sorri ye.. memang lidah tak bertulang, janji tak nak buat tapi buat juga, itulah manusia, banyak dengan kelemahanya.

saya sebenarnya tak berhajat pun nak ke bangi, tapi entah mengapa hari tu, terasa sangat nak ke sana. bukannya tak pernah sampai sana, memang pernah pergi, tapi dulu tak sama dengan sekarang, tak sama? kenapa? hahahahaa... dulu lain, pergi dengan macam tu je, tapi sekarang pergi dengan tujuan .. hehehehehheee..

sampai sana hari dah petang, tak tahu mana nak di tuju, kalau ukm tu tahula, dahulu saya ada kawan yang study kat sana. jadi saya ambil keputusan pusing2 sekitar bangi sampailah ke bandar baru bangi(?) bandar ke? entah ... malam tu singgah sembahyang maghrib kat masjid apa ye? alah .. kat simpang 3, dekat dengan inst latihan percukaian, ada banyak kedai makan kat situ .. kalu awak tinggal di bangi, awak tentu tahu masjid tu, kan .. kan ..

lepas sembahyang rasa laparla, nak makan ... mulanya nak makan kat situ je, tapi cancel .. terasa nak gi makan kat b.b bangi, pusing punya pusing jumpala satu kedai ... ada tertulis "internet wireless free" apa lagi, terusla masuk, hehehehee (dapatla nak ym orang bangi) semasa tunggu order sampai sempatla juga main ym (sangat suke dan puas hati) ajak la orang tu keluar makan sama, tapi dia tak nak, dia segan kat kita katanya, lagi pun dia tak boleh keluar malam (solehah) tapi kita pun masih blur lagi, rumah dia kat mana ye? kenapa tanya rumah? hehehee.. sebab malam ni tak nak balik s.j, nak tido bangi je, rumah dia la hahahahaa..

Monday, August 3, 2009

jatuh..

di manakah
pemandangan terindah
di dunia puas ku cari
setelah jauh melangkah
hingga takdir
menyuluh ke arah mu
Ku temu pemandangan itu
terlakar di wajahmu
dengan setiap renungan
terpesona ku rasakan
dengan setiap belaianmu
hati makin tersentuh
Oh kasih, oh kasih
Ku berterima kasih
Padamu kerana menyempurnai hidupku
dan sakit dah sungguh
aku asyik terjatuh
jatuh cinta dengan kamu
dalam berjuta-jutaan lagu
tiada satupun dapat menenteramkan kalbu
melainkan bila kau menyebut
Ke telinga bahawa kau juga sayang padaku
dengan setiap lafaz kata
harapan makin menyinar
untuk kita bersama
membina hidup bahagia
oh kasih, oh kasih
ku berterima kasih
padamu kerana menyempurnai hidupku
dan sakit dah sungguh
aku asyik terjatuh
jatuh cinta dengan kamu
ku rasa setuah-tuah manusia
nikmati hidup dengan wanita yang ku cinta
oh kasih, oh kasih
ku berterima kasih
padamu kerana menyempurnai hidupku
dan sakit dah sungguh
aku asyik terjatuh
jatuh cinta dengan kamu

Sunday, July 12, 2009

nak tulis apa ye?



hi, salam buat semua, nak cerita apa ye... tu la masalahnye, saya bukannya ada idea pun nak tulis apa-apa tapi sebabkan dah lama sangat tak update blog jadi kenala tulis sesuatu, ha ha haa... nampak tak gambar yang diatas tu?... dok kat atas ke?

saja je letak kat situ, entah gambar sapa la agaknye, perasan lebih je tu .. hu huh huu..
nak melawa tak reti, betul ke ayat tu (melawa?) kalau untuk orang perempuan ok kot.. oklah..penatla, baru je selesai bagi talk, dah la nak dekat time lunch... semuanya ingat nak makan je .. jom kita gi makan sama-sama, nak tak?

Saturday, June 27, 2009

bangun pagi

28/6 @ 11.30 pg, baru lepas b.fast dan baru balik dari berlari-lari, ho ho ho... hari ni hari minggu jadi ramailah orang yang beriadah (cuci mata la tu..) b.fast tadi makan roti tisu, mulanya nak order tosei tapi bila ingat dia nak makan roti tisu, jadi cancel la nak makan tosei.

hari ni bangun pagi sangat, macam nak gi office pula rasanya, tak macam orang tu yang bangun awal tapi tak mandi, ha ha ha... bangun pagi ni banyak kelebihanya, di antaranya rezeki murah, awet muda (macam saya), dapat menikmati keindahan dan kesegaran pagi, nyaman dan segar. amaran: lepas bangun tido kena solat subuh dan jangan sambung tido balik nanti hidup tak berkat, ingat tu ...

masih penat

27/6@12.45pm, sampai di s.jaya dari melaka bandaraya bersejarah setelah 3 hari berada disana. sampai je terus online,check apa yang patut, baca email, orang tu dah balas email, macam tak puas hati je ayatnya.

yela, saya yang silap, tapi saya tak marah awak,tak... saya cuma nak meluahkan perasaan je, itu je. seterusnya saya cuba ym dia,dia jawab, maknanya dia memang dah online la tu ... kita sembang panjangkan? siap main lawan2 lagi, saya jadi macam2, ultraman la, superman la, naruto pun ada .. mana dia boleh lawan dengan pukulan tanpa bayang saya, pedang sakti lagi, dia asyik nak main pakai c4, mana aci .. elok awak guna bantal peluk awak je kalu nak pukul saya ha ha ha ha...

dalam pergaduhan tu, saya buat2 kalah, saja nak bagi dia menang, mana boleh hero kalah,
saya yang selalu kalahkan dia, meleleh dia ...siap mengaku kalah lagi, mana boleh lawan, saya ada tikar terbang, bangsi hikmat dan teropong ajaib, mana dia boleh lawan.

tapi akhirnya saya yang kena "mandi" sebab terlalu ralit layan orang tu dan saya yang **** rupanya. walaupun dinafikan, saya tahu awak pun **** juga, sama macam saya, ho ho ho ...
terimakasih kerana sudi layan kerenah saya, terimakasih untuk segalanya.

Monday, June 22, 2009

me and myself

ada satu cerita yang saya rasa boleh kita kongsikan bersama ( jika mahula, kalu xnak pun xpe.. ) kisah mengenai seorang yg sangat tidak suka jika email atau apa saja yang berkaitan atau sewaktu denganya itu, jika dihantar tidak dibalas atau diberikan sedikit komen .. lebih2 lagi jika mesej yang dihantar itu bagi maksud memenuhi hasrat orang yang berkenaan ( betul ke ayat ni .. bunyi macam merapu je ) faham - faham je la .. ( bagila sedikit komen, sekurang2 nya orang tahu yang mesej tu dah dibaca ) kalu mesej tu khusus untuk memenuhi permintaan seseorang, adalah sewajarnya mesej itu dibalas atau dikomen oleh si penerima itu( kalau tak nanti, rasa macam mesej / makluman tu macam tak ada nilai je, ye ker?? )

sorri, minta maaf, ni dah tersentuh bab "memaksa" ke? oh oh oh ... kalu dah memaksa ... tu dah tak boleh tu, mana boleh nak paksa2 orang, ha ha ha ... bunyinya macam "mengharap" je .. ini pun tak boleh, nanti kita akan kecewa, kan saya dah bagitahu awal2 lagi, jangan mengharapkan sesuatu itu berlaku mengikut kehendak hati kita, lupa ke?

haaa .. tula pasal, kan dah rasa kecewa, takkk, saya tak rasa kecewa pun, cuma saja2 nak luahkan perasaan, kan lepas ni saya nak kena gi outstation, ada tugasan di luar, sibuk dengan kerja, mana saya ada masa nak chat, hantar email, ataupun update blog ...

kena sedar diri ye? ok .. :)


Sunday, June 21, 2009

apakah...

menyerdari diri ini siapa akan membuatkan kita selalu rasa tenang, ikhlas dengan apa yang kita lakukan supaya diri ini tidak mengharapkan yang lebih - lebih, kerana jika melakukan sesuatu dengan niat untuk mendapatkan balasan takut nanti diri ini akan kecewa. semua ada hak untuk melakukan sesuatu, selagi ianya tidak menyalahi undang - undang. kita berhak untuk menyatakan sesuatu pendirian atau perasaan dan jika ianya akan melibatkan orang lain, orang itu juga mempunyai hak untuk melakukan perkara yang serupa.

hak boleh diperjuangkan tetapi ianya tidak boleh dipaksa keatas orang lain. oleh itu, sedar diri akan membuatkan kita selalu rasa tenang dan tidak mudah kecewa. lain padang lain belalangnya, lain orang lain caranya. selalu mengharapkan sesuatu berlaku mengikut keinginan kita akan menyebabkan kita mudah kecewa.

dan yang pastinya, saya tak mahu kecewa...

aku dan taman negara

nak cerita sikit pengalaman bercuti di taman negara, kuala tahan, pahang. mulanya saya pun confuse pasal taman negara ni sebab kalu kita travel dari pantai timur ke kuala lumpur melalui gua musang, kita akan jumpa banyak tanda arah yang menunjukan "ke taman negara"
sekarang barulah saya tahu yang taman negara ni besar beb... kita boleh masuk melalui kuala koh di kelantan, kuala tembeling(?) dan kuala tahan di pahang.

pada mulanya nak ke sana banyak benda yg difikirkan .. antaranya nyamuk, banyak ke tak? resort? chalet? aircond? selesa ke tak... ect.. perjalanan dari subang jaya - karak highway - highway pantai timur - keluar ke susur jerantut - jerantut feri - felda padang piul (?) - kuala tahan - jeti - taman negara, adalah mengambil masa lebih kurang 3 jam. perjalanan?.. oklah, tapi saya nasihatkan jangan menggunakan jalan dari felda padang piul hingga ke kuala tahan di waktu malam sebab kawasan ni tersangat sunyi, gelap, sempit dan jalannya mengalahkan litar lumba heheheee..

kuala tahan merupakan sebuah perkampungan melayu yang sederhana tetapi lengkap dengan segala kemudahan asas. pendudunya dari amatan saya ramai yang berpendapatan rendah. tanaman yang banyak disini, yang dapat saya perhatikan ialah getah, kelapa sawit dan dusun buah. penduduk juga menjalankan kegiatan perniagaan - rumah penginapan, kedai makan, produk pelancungan, juga mengusahakan bot pelancung, pemandu pelancung dan sebagainya.

saya menginap disalah sebuah resort yang terdapat di kuala tahan, diantara resort yang modern disini, ada kolam renang (hehehee - tapi mandi sungai lagi seronok, apa kes gi taman negara dok resort aircond) tv,astro etc.. ada juga chalet yang berkonsepkan back to nature, pakai kipas angin, dinding buluh dan pakai kelambu, tapi rasanya tak sanggup nak habiskan masa cuti yang berharga ni untuk tidur dalam tu..

aktiviti kat sini? pehh.. sangat menyeronokkan.. antaranya? antaranya yang saya ikuti, naik sampan panjang ke penempatan orang asli, mandi di air terjun, night walk, canopy walk dan banyak lagi, seperti makan dan minum makanan orang kat sana hehehee... ( suke jalan2 cari makan) naik sampan yang paling best bila melalui jeram, melawan arus jeram yang deras dan sungai yang dipenuhi dengan batu. night walk melihat hidupan liar di taman negara menggunakan 4wd milik resort (pakej) dan canopi walk berjalan di jambatan gantung yang tertinggi di asia(?) untuk kanopi walk perlu ambil permit daripada jbt perhutanan, kena bayar dan kalau bawa camera pun kena bayar, tapi semua tu pihak resort yang uruskan.

memang seronok berada disini, terus lupa dengan dunia luar, segala masalah dan bebanan tugas terus hilang. ingin rasanya terus tinggal disini, tapi apakan daya, tugas dan tanggongjawab masih di kl. malam kat sini sunyila.. adalah 2 kali saya keluar pekena teh tarik kat restoran terapung di jeti (restoran rakit) kesunyi kat sini mengingatkan saya pada seseorang di bangi, dia yang saya memang inginkan dia ikut sama, tapi apakan daya ... kalau kail panjang sejengkal, jangan sungai tahan nak diduga, heheheheeee....

Monday, June 15, 2009

aku pun..

... dan ianya akan jadi lebih menyeronokkan jika kamu ada bersama pada tika itu, aku pun rindu kamu ..

saya ok

hi, saya dah masuk pejabat dan saya ok je.. sangat suke dan seronok pergi bercuti hari tu, sesungguhnya pengalaman baru itu adalah sesuatu ...

Wednesday, June 3, 2009

saya cuti

ha ha ha.. saya bercuti sekarang, tapi saya masih lagi ikuti cerita2 di blog kamu, cuma dari lokasi2 yang berlainan sahaja ...

Sunday, May 31, 2009

apply cuti ii

yeh yeh... minggu depan kita cuti 1 minggu, hehehehee.. relax betul dan kita jadila gi bercuti kat taman negara tu. baik punya holiday. tapi sebelum tu kenalah siapkan segala kerja2 yang penting2 dulu. harap dapat cuti dengan aman kat sana ( ada line hp ke kat sana? ) takut nanti ada yang call tanya pasal kejer .. argg boring giler..

kawan yang lain pun dah tak sabar nak gi sana, resort dah booking, 3 semuanya, maknanya kami akan pergi dalam 6 orang paling ramai. setakat ni 4 orang dah setuju nak pergi dan masih ada 1 resort lagi yang masih kosong, tapi pembatalan resort tu boleh dibuat sekurangnya 24 jam sebelum tarikh check in.

kawan sorang tu bawa family sekali, oklah.. kan sekarang time cuti sekolah, jadi gunakan lah masa terluang yang ada ni untuk bersama2 keluarga tercinta hua hua hua... yang bujang tu, buatlah cara orang bujang ye...

Saturday, May 30, 2009

kerinduan

Dulu pernah aku bersumpah
Selalu setia jika ku mencinta
Masih melekat rasa itu
Saat cintamu datang padaku

Semua terwujud, saat kau singgah
Panasi cinta, untuk setia merindu

Kerinduan tak akan menghilang
Kan selalu ku rasa
Tak mampu ku menghindar
Kau berikan, apa yang ku pinta
Kau mengingatku dalam cinta
Temaniku dalam ...
Setia (jalani hidup ini)

Aku tak pernah mengharapkan
Cinta lain datang membelaiku
Aku dapat selalu bertahan
Menahan cintamu di sukmaku

Kehadiranmu basuh jiwaku
Engkau suluhkan api cinta diri

cuci kereta dulu

kesian kat kereta saya.. kenapa?? sebab dah lama ianya tak dimandikan (cucila..) asyik mandi dengan air hujan saja. tu la masalahnya kalu beli kereta color hitam.. memangla nampak smart je tapi kena selalu jaga bersih dan berkilat baru nampak cun..

kereta hitam ni lecehla nak jaga, senang sangat nampak kotor dan comot. kena hujan sekit je dah nampak bekas2 kotor, kalu kena debu pun sama juga, nampak je benda2 yang melekat kat body kereta. satu lagi, kereta color hitam ni senang nampak calar walaupun kena sikit je, itu yang haru.. kena jam tangan masa nak buka pintu pun nampak calar, kena kepala belt pun nampak calar ho ho ho..

kenapa nak basuh kat kedai? bukanya tak nak hantar kedai .. tapi rasa macam tak bersihla.. bila balik rumah je, ada je yang tak kena, cth macam kalu dia polish deshboard, mesti ada kesan polish kat cermin depan, kesan polish kat rimla dan satu lagi, kadang2 tu dia tak lap cermin kat bahagian dalam... bertompok2 la jadinya. itula pasal ... kita bukanya cerewet cuma rasa tak puas hati je, tapi bukanya kita tak pernah hantar kedai .. hantarla .. ada jugak cuci kat kedai bila keadaan memaksa :)

pernah juga terpikir nak tukar kereta sebab tak suke color hitam (lagi pong kereta ni tak de apa2 kenangan terindah pun..) tapi bila fikir2 balik ... aghh biarkanlah, pakai je lah..

nak apply cuti

hi, nak cerita apa hari ni ye? .. mmm oklah, sebenarnya dalam kepala ni masih kosong lagi tapi semalam tiba2 je terfikir nak ambik cuti la.. hari tu dapat rekod baki cuti daripada bhg admin, rupa2nya cuti saya banyak lagi, ada dekat 25 hari lagi untuk dihabiskan dalam tahun ni heheheheheee...

tapi kali ni nak buat cara lain pulak, tak nak lagi gi cuti kat tanah tinggi macam selalu, kali ni nak try masuk hutan.. nak back to nature, rasa nak dekat dengan alam semulajadi, nak merasai kedamaian ... bunyi air sungai, burung2, serangga2 (unggas?) saya nak ke taman negara!! ha ha ha.. hu hu hu... ade yang nak ikut ke?? (boleh ke?) nak naik bot panjang melawan arus, nak rasa jeram dengan airnya yang amat sejuk, lihat ikan melompat2.. best..

resortnya dah ada dalam senarai, cuma nak tunggu tarikh yang sesuai utk confirm saja. alat pancing kena bawak, dapat ikan ke tak... tu tak kisah, kalu ada, adalah... pas ni nak pergi check ada ke tak pakaian yang sesuai yang nak dipakai kat sana nanti, kalu tak kena beli dulu.. beli kan mana? alahh... buat apa gi jauh2, kan area subang jaya ni pun banyak shopping complex apa.. kan? kan?.. oklah, apa2 pun saya akan update kat sini, bye..



Friday, May 29, 2009

mintak tolong?

sekarang ni dah agak lama tak sign in ym time malam tapi semalam entah mengapa rasa nak sign in je..bila dah masuk dan jumpa dia tu, maka terjadilah satu perbualan yg lebih kurang macam ni... dia cakap, "saya nak mintak tolong satu perkara", saya tanya, "ye, apa dia?".. "saya nak minta awk jangan mesej saya lagi", katanya .. saya jawab, "ok, kerana awak mintak tolong, saya akan tolong awak, saya tak akan mesej awak lagi",

moral of the story; barulah saya tahu yang selama ni saya dah banyak menyusahkan orang, masakan tidak, sampai tuan punya badan terpaksa mintak tolong agar saya tidak mesej dia lagi, betapa teruknya saya ... sedarlah saya yang selama ini mesej saya tu tak ubah macam gangguan sahaja. saya malu pada diri saya sendiri dan lebih2 lagi pada si penerima mesej tu.

kes macam ni belum pernah terjadi lagi dalam sejarah hidup saya. satu tamparan buat saya, tapi semua itu berpunca daripada saya sendiri, tidak tahu menilai diri sebelum mencuba sesuatu. tak kanlah seorang ir akan berkawan dengan staff biasa yang tak setinggi mana jawatanya, hahahahaa... kelakarnya saya, baru padan dengan muka saya... kalu kail panjang sejengkal, jangan lautan nak diduga, itu kata orang tua2 yang selalu kita lupa akan kebenaranya.

tapi tak apalah, kita akan lupakan segalanya, saya akan penuhi permintaanya, tak akan ganggu dia lagi. saya tak sesuai untuk jadi sahabatnya, hakikat itu saya telah terima, apa pun saya harap dia akan temui sahabat sejati yang boleh buat dia bahagia. saya doakan awak bahagia dan berjaya menjadi seorang ir yang hebat dan saya tak akan sekali2 buruk sangka kat awak, saya amat2 berharap agar awak selalu bahagia, penuh dengan senyuman dan sentiasa riang ria macam dulu2 (sebelum berkawan dengan saya) dan saya mohon maafkan segala kesalahan dan keterlanjuran saya terhadap awak selama ini.

sekian, bye ...

Tuesday, May 26, 2009

marah ke?

marah kita? alasan.... "sebab tak ada masa diperlukan" ayoo.. bunyinya macam biskut je, kejap ada, kejap tak ada.. heloo.. manalaaa kita tahu masa tu kita diperlukan, lagi pun sya bukanya dok kat sebelah awk sentiasa, kalu dok sebelah awk, sya tak akan lepaskan awk, sure berkepit je 24 jam, masa tu tak apalah, sya akan sentiasa ada cik kak oiii...

sya rasa tak adil la kalu pasal tu nak marah kat sya, carila kes lain... macam sya curi kasut bum awk ke, sya tertarik hidung awk ke atau sya tersepak kucing awk ke ... kalu lah sya ni superman atau apa2 saja yg boleh terbang2, awk panggil je... sya terus up2 and away... sampai kat awk, hehehehehehee... tapi sya ni insan yang lemah, banyak buat silap .. tak mampu nak buat macam tu, lagi pun sya tak bersayap, kalau ada pun yang dah rosak .. nak cari spare part susah ...

anyway, jangan marah2 ye, tak baik. hidup kena selalu senyum dan bersangka baik kat semua orang, kena control perasaan.. jangan perasaan (hati) yang control kita, selalu pikir positif.. hasilnya hidup akan menjadi lebih mudah dan ceria, ok..

Sunday, May 17, 2009

permaisuriku(?)

tika renungi malamku
bersama tirai perindu
potret permaisuriku

lenamu didakapanku
inginku belai rambutmu
saat malam malammu

walau kembara ku meredah alam maya
kan ku pertahan garis cinta kita

oh…
ku hancur dikala tak bersama
kau yang ku cinta
impi rinduku disaat mesra
kasih
oh …
terbina rona kota bahgia
permata dijiwa
kernamu

lautan duri ku tempuh
demi sucinya cintamu
tak ku hiraukan waktu

ampunkan kesalahanku
ku pinjam raut wajahmu
hanya kau yang kurindu

Wednesday, April 22, 2009

laskar pelangi

mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
berlarilah tanpa lelah
sampai engkau meraihnya

laskar pelangi
takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warnai bintang di jiwa

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia
selamanya…

cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita

laskar pelangi
takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia

selamanya…

ku percaya kamu

Aku Percaya Kamu
Melebihi Apa Yang Orang Katakan Kepadaku
Aku Percaya Kamu
Tak Perduli Apa Yang Orang Katakan Tentang Kamu
Yang Kutahu
Kau Selalu Sejukkan Hatiku
Yang Kutahu
Kau Selalu Ada Di Saatku Membutuhkanmu
Kau Selalu Ada Disaatku Rapuh
Aku Percaya Kamu
Hidup Ini Takkan Berarti Tanpa Kau Disisiku
Aku Percaya Kamu
Kau Takkan Pernah Berhenti Tuk Selalu Mencintaiku
Yang Kutahu
Kau Selalu Sejukkan Hatiku
Yang Kutahu
Kau Selalu Ada Di Saatku Membutuhkanmu
Kau Selalu Ada
Disaatku Rapuh
Disaatku Jatuh

Tuesday, April 21, 2009

hari - hari yang membosankan

hi,hari ni macam biasa, masuk office jam 7.35pg tapi yang bezanya pagi ni tak dengar hot fm. entah macamana aku terpasang siaran ikim (ye ke ikim?). bukanya tak pernah dengar siaran tu, tapi adalah.. jarang2, ok juga dan apa salahnya sekali sekali berubah selera.

sampai office jam 7.20pg, masuk parking dan duduk termenung dalam kereta, malasnya rasa nak masuk office... kerja yang penting2 dah aku selesaikan semalam lagi, hari ni cuma nak buat semakkan semula je, semalam aku bawa balik kejer office kat rumah, habiskan masa hampir 2 jam untuk semak final report kewangan, aku buat 2 kejer dalam satu masa, 1 semak laporan dan 2 tengok berita tv3 (berita tv3 mesti,tak boleh miss)

masuk office, perkara yang aku selalu buat ialah;
1. tengok atas meja - ada surat yang penting2 ke tak, seperti mesyuarat ke, kursus ke...
2. on pc
3. buka blog dan baca, blog yang aku selalu ikut ialah seperti .....
4. Check emal rasmi (.gov.my)
5. Check email personal (heheheheee...)
6. Baca News paper secara online, selalu check pasal the latest news..
7. Baca pasal business, ekonomi, politik etc ...

dan banyak lagilah yang aku buat, boringkan? kan? hah.. tu lah, bila dah kejer ... boring... sapa kata dah kejer best? bawak sini jumpa aku.. sekarang ni pun aku masih terkenang masa aku kat u dulu, seronok, suka, dan ramai kawan, macam2 boleh buat, study sama2, gi cafe sama2, lepak ... main bola, kacau orang? (usik2 je), kacau pak guard? heheheee.. yang tension tu cuma masa exam, memanglah tension, semua orang akan rasa macam tu, tapi studyla .. itu saja ubatnya, masa main, kita main giler2, masa study, study sampai nak pecah kepala :)

dan kepada kamu yang tengah dok study tu atau yang tengah dok praktikal tu, buatla betul2, enjoy ur work, hargailah setiap detik kamu di situ sebab lepas ni bila kamu dah keluar kamu akan rasa macam aku, cuma jangan jadi giler dan jahat macam aku, rindu pada semua kenangan yang telah kamu lalui, hargailah ye ...

Monday, April 20, 2009

perempuan oh perempuan...

nak tulis sikit sebab dah lama sangat tak update blog :) sepertimana tajuk di atas, "perempuan oh perempuan", kenapa dengan perempuan ni ye? orang kata (bukan saya kata), orang perempuan ni cepat melatah dan suka meneka dalam kesamaran. perempuan ni cepat berubah. bermusim - musim. ada pasang dan ada surut. contohnya, dalam kita dok seronok2 borak, tiba2 je ribut datang, tiba2 je ia berubah dan terus bagi noktah.

tak apalah, semua itu aku anggap sebagai cabaran dalam hidup, silap aku juga sebab masih tak memenuhi permintaanya yang satu tu, ye.. salah aku ... aku bukanya tak nak kasi, tapi (alasan lagi,letih2) susahla nak cakap .. bukanya nak sorok sesuatu tapi memang susah... susah ... susah... kasihan kamu dan jahatnya aku kerana membuatkan kamu letih menunggu dan memang patut pun kalu kamu tembak je aku. marah je .. kerana sememangnya itu salah aku.


Sunday, March 15, 2009

hadiah

selamat hari lahir aku ucapkan pada diriku, kali ni tiada apa2 sambutan seperti yang lepas2, cuma semalam aku baca yassin,solat hajat dan belanja kawan2 makan, tak apalah, aku buat kesyukuran sikit, aku ikhlas, cuma minta agar aku dimurahkan rezeki, dipermudahkan dalam segala urusan, diberikan kesihatan yang baik, panjang umur dan ...

kawan2 yang bagi hadiah kat off tu, aku ucap terima kasih banyak2, yang bernama dan tak bernama, aku anggap itu pemberian ikhlas dari kamu semua, terima kasih kerana susah payah dan ingatan kamu semua.

apa pun, kiriman email dah cukup bagi ku asalkan kamu betul2 ikhlas... :(

Wednesday, March 11, 2009

apakah sekadar andaian ...

kenapa kadang2 kita cepat sangat membuat sesuatu andaian, sesuatu keadaan yang dilihat,didengar dan dibaca tak semestinya itu adalah akhir ceritanya. dalam apa jua keadaan, tanggapan dan andaian tak semestinya betul kerana kadang2 tu ada cerita disebalik cerita.
menghukum sebelum dibicarakan adalah sesuatu yang tidak adil bagi yang dituduh.

untuk kamu, kamu dan kamu diluar sana, saya bukanya begitu dan begini, jika kamu rasakan saya benar2 begitu dan begini, maafkan saya, mungkin itu kelemahan saya, saya tetap diri saya,sama seperti dulu ...

Tuesday, February 17, 2009

dan ianya adalah sesuatu

perkataan baru yang aku belajar dari seseorang .. " dan ianya adalah sesuatu", ...
apa maknanya? dan ianya menerangkan apa? jawapanya aku sendiri pun tak tahu, mungkin ayat itu digunakan untuk menguatkan sesuatu keadaan atau menyatakan sesuatu dengan bersungguh-sungguh, mungkin? tapi walau apapun hanya tuan dia saja yg tahu, baik kita tanya dia sendiri, jom ...

suratan atau kebetulan

hi,agak lama blog ini tak aku postkan sesuatu, alasan biasa, tiada idea dan ketiadaan masa. sejak kebelakangan ini aku tertarik dengan senario politik semasa negara kita, macam2 hal berlaku. kadang2 bila difikirkan balik, yb2 kita ni perangai macam budak2, kita seolah2 nak kembali semula kepada zaman dulu kala dimana siapa "kuat" dialah yg memerintah.

yang paling memberi tumpuan (pada aku) ialah parti keadilan(?) rakyat, atau gabunganya, pakatan (?) rakyat. apa yang dirancang dan dibuat terhadap barisan nasional @ parti umno dahulu, sikit2 telah berbalik kepada mereka, sebagai contoh; siapa yg asyik mencanang yb2 supaya melompat parti? menubuhkan kerajaan baru? peletakan jawatan disebabkan isu moral? dan banyak lagi. bagi aku, kalu asyik meludah ke langit akan terkena atas muka sendiri akhirnya.

kerajaan pakatan(?) rakyat telah tumbang di perak kerana yb2nya melompat parti. mb (lama) dah jadi huru hara, umumkan bubur dun tanpa terlebih dahulu merujuk kepada sultan. kalu aku jadi sultan perak pun aku tak akan layan mb yang macam ni, kerana buat kerja membelakangi sultan. pembubaran dun perlu perkenan sultan, baru boleh umum!

dymm sultan telah pikir masak2, kerajaan pakatan(?) rakyat perak tu sapa? bekas mb yb mohd nizar hanya sebagai lambang saja, semuanya dikawal dan ditentukan oleh parti dap (ada org marah ke - kalu ada sila keluar dari blog aku ni) exco perak (pakatan rakyat) ada 10 org, cuba kaji dan tengok balik berapa org pas?, berapa keadilan? berapa dap? @ berapa melayu islam????

selepas pilihanraya dulu negeri perak terselamat disebabkan oleh adanya undang2 tubuh negeri, yang mewajibkan mb adalah dikalangan org melayu islam, kalu tak "dap" lah yang akan memerintah negeri perak (sendiri mau ingat) kemelut terjadi dan yg akhirnya diberi jawatan exco kanan.

kesimpulanya, dymm sultan perak telah menjalankan tanggongjawab dan amanah dengan penuh pertimbangan, yang sayangkan negeri perak dan mahukan ianya terus diterajui oleh bangsanya sendiri, bukan hanya sekadar sekumpulan pemukul gendang, tok dalang dan wayang kulit.

pesanan kepada org2 melayu yg merusuh dihadapan istana tempoh hari, ingat, sedar dan fikirlah, kerajaan apa yg tuan2 dok pertahankan, laungan takbir untuk membela sapa?
memalukan bila bangsa melayu menderhaka kepada tuan nya, bangsa lain sorak gembira, senyum simpul melihat pepecahan bangsa kita, bukakanlah minda dan fikiran tuan2 ...




Wednesday, January 28, 2009

politicking lagi...

ayoo.. apa nak jadi ni? mau test market ke? serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatanya secara telus dan adil. tak payahlah nak buat perhimpunan haram atau perarakan yang boleh mencetuskan ketegangan kaum dan menjejaskan kestabilan politik dan ekonomi. jangan ada pihak ke 2 yang berniat nak ambil kesempatan daripada keadaan ini.

kalu ada kes, pihak pendakwa raya mesti mengambil tindakan ke atas penyalahgunaan kuasa oleh anggota polis dan jika terbukti ada kes, 2 orang timb.menteri terlibat harus dihadapkan ke muka pengadilan kerana menceroboh bilik mayat hosp serdang. terlalu banyak campur tangan politik akan menyebabkan kes ini bertambah gawat. atas apa alasan sekalipun, isu kaum tidak harus dibangkitkan sama sekali.

siasatan harus dijalankan secara telus dan adil, yang bersalah mesti dihukum tanpa mengira kedudukan dan jawatan politik. hormati undang2 yang dibuat oleh ahli YB sendiri. kenyataan untuk membela 2 orang timb. menteri jika mereka didakwa oleh pihak polis atas tuduhan menceroboh bilik mayat adalah satu kenyataan berbau politik yang amat memualkan, lebih2 lagi ianya datang daripada bekas menteri dan orang kuat kerajaan.

setiap orang berhak untuk diadili secara adil dan saksama. setiap orang berhak untuk mempertahankan diri dan membela diri dari tuduhan. itu tidak dinafikan sama sekali, tetapi kita janganlah melatah, terus mengeluarkan kenyataan tanpa berfikir panjang. kepentingan negara, keamanan dan kemakmuran perlu dijaga bagi membolehkan kita hidup dengan selesa.

kita perlukan sebuah negara yang aman dan makmur bagi mewujudkan suasana ekonomi yang sihat. rakyat yang hidup dalam negara sebegini akan menghasilkan produktiviti yang berdaya saing, maju dan dapat melaksanakan aktiviti harian dengan sempurna. bukan saja mengejar dunia, malah kegiatan akhirat juga dapat dijalankan dengan baik. contohnya, tiada siapa yang akan ditembak atau dibunuh jika ke masjid atau surau untuk mengerjakan ibadat, derma atau sedekah dapat diberi kerana rata2 rakyat berkemampuan, pelbagai bangsa duduk dalam satu pejabat tapi tiada pun yang bercakaran, dapat memandu kenderaan dengan aman di jalanraya tanpa rasa takut (kecuali pemandu mabuk dan mat rempit)

kepada YB2, usahlah terlalu mencari kepeningan diri dan kedudukan politik. akibat yang akan menimpa ialah kepada rakyat bawahan, kamu bangkitkan kemarahan rakyat, kamu bakar perasaan rakyat, terpekik terlolong dijalanan, berarak ke hulu ke hilir bersama rakyat, apa yang rakyat dapat? jawapanya mudah saja, rakyat hanya dapat lapar dan dahaga! kamu??? macam biasala, gaji ribu2, berkereta mewah, makan dan minum di hotel, tiba dijemput, pulang dihantar, jadi kamu YB2, pikir2kanlah sendiri.

Tuesday, January 27, 2009

senyum dari ku....



buat semua teman2, aku minta maaf kalu dah lama tak hubungi kalian atau ada yang terasa macam aku dah lama menghilang. aku bukanya lupa atau buat2 lupa, cuma kadang2 aku sibuk, maklumlah awal2 tahun macam ni banyak kerja yang perlu dibuat, terutamanya perancangan bagi tahun 2009.
aku tak akan lupakan kamu, ok dan kamu tak akan keseorangan....



Monday, January 12, 2009

cabaran

hi, sorryla kawan sebab dah lama tak tulis apa2. kebelakangan ni sibuk sangat, lagipun saya kerap out station. banyak kejer nak disiapkan. tau sajala keadaan sekarang ni, ekonomi pun bukanya baik sangat, tapi negara kita bernasib baik sebab kesanya tidak secara langsung (buat masa ni la) setengah tahun akan datang belum pasti lagi.

ekonomi sesebuah negara berkait rapat dengan keadaan politik negara tersebut. politik negara kita stabil ke? kerajaan kita kukuh ke? kalu lihat perbahasan di dewan rakyat, parti pemerintah kerap "digertak" oleh pihak pembangkang, lantas pihak kerajaan "hilang punca" dan kekeringan hujah untuk membela.

kekuatan bangsa melayu .. dimana? pada ekonomi? jauh sekali, hanya segelintir yang berjaya, itupun melalui DEB, projek anugerah dan sebagainya. kuasa politik? ... ( pikirla sendiri) melayu berpecah belah dalam 2 parti besar yang masing2 mahu menonjolkan diri sebagai pembela.
tak takutkan bangsa melayu hidup dalam pepecahan? cuba kita hitung peratus YB melayu dan islam yang ada dalam kerajaan sekarang (UMNO + PAS + Keadilan,Bebas) dan peratus YB bukan melayu + islam (BN,Keadilan,DAP,MIC,MCA,Bebas,GERAKAN,PPP + sabah + serawak)

kebelakangan ini amat sedih bila YB melayu dan islam tidak bersatu hati dan bersepakat dalam isu2 yang melibatkan kepentingan kaum melayu dan islam. secara jelas, MCA, Gerakan dan DAP telah bersatu dalam isu2 yang melibat kepetingan kaum mereka, contohnya isu sek.(J) kebangsaan, penggunaan bahasa kebangsaan dan sebaginya.

jom la kita sama2 pikir, nak jadi YB tapi untuk apa? apa niatnya? nak menolong dan membela rakyat? atau nakkan kuasa! bila ada kuasa akan ada projek dan bila ada projek maka akan ada wang masuk! amat malang sekali jika terdapat YB yang sebegini. jadilah YB yang bertanggungjawab, kerana setiap tanggongjawab akan diaudit di akhirat kelak (itu pun kalu pecaya pada hari akhirat) baik dibalas baik dan jahat amat pedih seksaanya.