Saturday, June 27, 2009

bangun pagi

28/6 @ 11.30 pg, baru lepas b.fast dan baru balik dari berlari-lari, ho ho ho... hari ni hari minggu jadi ramailah orang yang beriadah (cuci mata la tu..) b.fast tadi makan roti tisu, mulanya nak order tosei tapi bila ingat dia nak makan roti tisu, jadi cancel la nak makan tosei.

hari ni bangun pagi sangat, macam nak gi office pula rasanya, tak macam orang tu yang bangun awal tapi tak mandi, ha ha ha... bangun pagi ni banyak kelebihanya, di antaranya rezeki murah, awet muda (macam saya), dapat menikmati keindahan dan kesegaran pagi, nyaman dan segar. amaran: lepas bangun tido kena solat subuh dan jangan sambung tido balik nanti hidup tak berkat, ingat tu ...

masih penat

27/6@12.45pm, sampai di s.jaya dari melaka bandaraya bersejarah setelah 3 hari berada disana. sampai je terus online,check apa yang patut, baca email, orang tu dah balas email, macam tak puas hati je ayatnya.

yela, saya yang silap, tapi saya tak marah awak,tak... saya cuma nak meluahkan perasaan je, itu je. seterusnya saya cuba ym dia,dia jawab, maknanya dia memang dah online la tu ... kita sembang panjangkan? siap main lawan2 lagi, saya jadi macam2, ultraman la, superman la, naruto pun ada .. mana dia boleh lawan dengan pukulan tanpa bayang saya, pedang sakti lagi, dia asyik nak main pakai c4, mana aci .. elok awak guna bantal peluk awak je kalu nak pukul saya ha ha ha ha...

dalam pergaduhan tu, saya buat2 kalah, saja nak bagi dia menang, mana boleh hero kalah,
saya yang selalu kalahkan dia, meleleh dia ...siap mengaku kalah lagi, mana boleh lawan, saya ada tikar terbang, bangsi hikmat dan teropong ajaib, mana dia boleh lawan.

tapi akhirnya saya yang kena "mandi" sebab terlalu ralit layan orang tu dan saya yang **** rupanya. walaupun dinafikan, saya tahu awak pun **** juga, sama macam saya, ho ho ho ...
terimakasih kerana sudi layan kerenah saya, terimakasih untuk segalanya.

Monday, June 22, 2009

me and myself

ada satu cerita yang saya rasa boleh kita kongsikan bersama ( jika mahula, kalu xnak pun xpe.. ) kisah mengenai seorang yg sangat tidak suka jika email atau apa saja yang berkaitan atau sewaktu denganya itu, jika dihantar tidak dibalas atau diberikan sedikit komen .. lebih2 lagi jika mesej yang dihantar itu bagi maksud memenuhi hasrat orang yang berkenaan ( betul ke ayat ni .. bunyi macam merapu je ) faham - faham je la .. ( bagila sedikit komen, sekurang2 nya orang tahu yang mesej tu dah dibaca ) kalu mesej tu khusus untuk memenuhi permintaan seseorang, adalah sewajarnya mesej itu dibalas atau dikomen oleh si penerima itu( kalau tak nanti, rasa macam mesej / makluman tu macam tak ada nilai je, ye ker?? )

sorri, minta maaf, ni dah tersentuh bab "memaksa" ke? oh oh oh ... kalu dah memaksa ... tu dah tak boleh tu, mana boleh nak paksa2 orang, ha ha ha ... bunyinya macam "mengharap" je .. ini pun tak boleh, nanti kita akan kecewa, kan saya dah bagitahu awal2 lagi, jangan mengharapkan sesuatu itu berlaku mengikut kehendak hati kita, lupa ke?

haaa .. tula pasal, kan dah rasa kecewa, takkk, saya tak rasa kecewa pun, cuma saja2 nak luahkan perasaan, kan lepas ni saya nak kena gi outstation, ada tugasan di luar, sibuk dengan kerja, mana saya ada masa nak chat, hantar email, ataupun update blog ...

kena sedar diri ye? ok .. :)


Sunday, June 21, 2009

apakah...

menyerdari diri ini siapa akan membuatkan kita selalu rasa tenang, ikhlas dengan apa yang kita lakukan supaya diri ini tidak mengharapkan yang lebih - lebih, kerana jika melakukan sesuatu dengan niat untuk mendapatkan balasan takut nanti diri ini akan kecewa. semua ada hak untuk melakukan sesuatu, selagi ianya tidak menyalahi undang - undang. kita berhak untuk menyatakan sesuatu pendirian atau perasaan dan jika ianya akan melibatkan orang lain, orang itu juga mempunyai hak untuk melakukan perkara yang serupa.

hak boleh diperjuangkan tetapi ianya tidak boleh dipaksa keatas orang lain. oleh itu, sedar diri akan membuatkan kita selalu rasa tenang dan tidak mudah kecewa. lain padang lain belalangnya, lain orang lain caranya. selalu mengharapkan sesuatu berlaku mengikut keinginan kita akan menyebabkan kita mudah kecewa.

dan yang pastinya, saya tak mahu kecewa...

aku dan taman negara

nak cerita sikit pengalaman bercuti di taman negara, kuala tahan, pahang. mulanya saya pun confuse pasal taman negara ni sebab kalu kita travel dari pantai timur ke kuala lumpur melalui gua musang, kita akan jumpa banyak tanda arah yang menunjukan "ke taman negara"
sekarang barulah saya tahu yang taman negara ni besar beb... kita boleh masuk melalui kuala koh di kelantan, kuala tembeling(?) dan kuala tahan di pahang.

pada mulanya nak ke sana banyak benda yg difikirkan .. antaranya nyamuk, banyak ke tak? resort? chalet? aircond? selesa ke tak... ect.. perjalanan dari subang jaya - karak highway - highway pantai timur - keluar ke susur jerantut - jerantut feri - felda padang piul (?) - kuala tahan - jeti - taman negara, adalah mengambil masa lebih kurang 3 jam. perjalanan?.. oklah, tapi saya nasihatkan jangan menggunakan jalan dari felda padang piul hingga ke kuala tahan di waktu malam sebab kawasan ni tersangat sunyi, gelap, sempit dan jalannya mengalahkan litar lumba heheheee..

kuala tahan merupakan sebuah perkampungan melayu yang sederhana tetapi lengkap dengan segala kemudahan asas. pendudunya dari amatan saya ramai yang berpendapatan rendah. tanaman yang banyak disini, yang dapat saya perhatikan ialah getah, kelapa sawit dan dusun buah. penduduk juga menjalankan kegiatan perniagaan - rumah penginapan, kedai makan, produk pelancungan, juga mengusahakan bot pelancung, pemandu pelancung dan sebagainya.

saya menginap disalah sebuah resort yang terdapat di kuala tahan, diantara resort yang modern disini, ada kolam renang (hehehee - tapi mandi sungai lagi seronok, apa kes gi taman negara dok resort aircond) tv,astro etc.. ada juga chalet yang berkonsepkan back to nature, pakai kipas angin, dinding buluh dan pakai kelambu, tapi rasanya tak sanggup nak habiskan masa cuti yang berharga ni untuk tidur dalam tu..

aktiviti kat sini? pehh.. sangat menyeronokkan.. antaranya? antaranya yang saya ikuti, naik sampan panjang ke penempatan orang asli, mandi di air terjun, night walk, canopy walk dan banyak lagi, seperti makan dan minum makanan orang kat sana hehehee... ( suke jalan2 cari makan) naik sampan yang paling best bila melalui jeram, melawan arus jeram yang deras dan sungai yang dipenuhi dengan batu. night walk melihat hidupan liar di taman negara menggunakan 4wd milik resort (pakej) dan canopi walk berjalan di jambatan gantung yang tertinggi di asia(?) untuk kanopi walk perlu ambil permit daripada jbt perhutanan, kena bayar dan kalau bawa camera pun kena bayar, tapi semua tu pihak resort yang uruskan.

memang seronok berada disini, terus lupa dengan dunia luar, segala masalah dan bebanan tugas terus hilang. ingin rasanya terus tinggal disini, tapi apakan daya, tugas dan tanggongjawab masih di kl. malam kat sini sunyila.. adalah 2 kali saya keluar pekena teh tarik kat restoran terapung di jeti (restoran rakit) kesunyi kat sini mengingatkan saya pada seseorang di bangi, dia yang saya memang inginkan dia ikut sama, tapi apakan daya ... kalau kail panjang sejengkal, jangan sungai tahan nak diduga, heheheheeee....

Monday, June 15, 2009

aku pun..

... dan ianya akan jadi lebih menyeronokkan jika kamu ada bersama pada tika itu, aku pun rindu kamu ..

saya ok

hi, saya dah masuk pejabat dan saya ok je.. sangat suke dan seronok pergi bercuti hari tu, sesungguhnya pengalaman baru itu adalah sesuatu ...

Wednesday, June 3, 2009

saya cuti

ha ha ha.. saya bercuti sekarang, tapi saya masih lagi ikuti cerita2 di blog kamu, cuma dari lokasi2 yang berlainan sahaja ...