Sunday, May 31, 2009

apply cuti ii

yeh yeh... minggu depan kita cuti 1 minggu, hehehehee.. relax betul dan kita jadila gi bercuti kat taman negara tu. baik punya holiday. tapi sebelum tu kenalah siapkan segala kerja2 yang penting2 dulu. harap dapat cuti dengan aman kat sana ( ada line hp ke kat sana? ) takut nanti ada yang call tanya pasal kejer .. argg boring giler..

kawan yang lain pun dah tak sabar nak gi sana, resort dah booking, 3 semuanya, maknanya kami akan pergi dalam 6 orang paling ramai. setakat ni 4 orang dah setuju nak pergi dan masih ada 1 resort lagi yang masih kosong, tapi pembatalan resort tu boleh dibuat sekurangnya 24 jam sebelum tarikh check in.

kawan sorang tu bawa family sekali, oklah.. kan sekarang time cuti sekolah, jadi gunakan lah masa terluang yang ada ni untuk bersama2 keluarga tercinta hua hua hua... yang bujang tu, buatlah cara orang bujang ye...

Saturday, May 30, 2009

kerinduan

Dulu pernah aku bersumpah
Selalu setia jika ku mencinta
Masih melekat rasa itu
Saat cintamu datang padaku

Semua terwujud, saat kau singgah
Panasi cinta, untuk setia merindu

Kerinduan tak akan menghilang
Kan selalu ku rasa
Tak mampu ku menghindar
Kau berikan, apa yang ku pinta
Kau mengingatku dalam cinta
Temaniku dalam ...
Setia (jalani hidup ini)

Aku tak pernah mengharapkan
Cinta lain datang membelaiku
Aku dapat selalu bertahan
Menahan cintamu di sukmaku

Kehadiranmu basuh jiwaku
Engkau suluhkan api cinta diri

cuci kereta dulu

kesian kat kereta saya.. kenapa?? sebab dah lama ianya tak dimandikan (cucila..) asyik mandi dengan air hujan saja. tu la masalahnya kalu beli kereta color hitam.. memangla nampak smart je tapi kena selalu jaga bersih dan berkilat baru nampak cun..

kereta hitam ni lecehla nak jaga, senang sangat nampak kotor dan comot. kena hujan sekit je dah nampak bekas2 kotor, kalu kena debu pun sama juga, nampak je benda2 yang melekat kat body kereta. satu lagi, kereta color hitam ni senang nampak calar walaupun kena sikit je, itu yang haru.. kena jam tangan masa nak buka pintu pun nampak calar, kena kepala belt pun nampak calar ho ho ho..

kenapa nak basuh kat kedai? bukanya tak nak hantar kedai .. tapi rasa macam tak bersihla.. bila balik rumah je, ada je yang tak kena, cth macam kalu dia polish deshboard, mesti ada kesan polish kat cermin depan, kesan polish kat rimla dan satu lagi, kadang2 tu dia tak lap cermin kat bahagian dalam... bertompok2 la jadinya. itula pasal ... kita bukanya cerewet cuma rasa tak puas hati je, tapi bukanya kita tak pernah hantar kedai .. hantarla .. ada jugak cuci kat kedai bila keadaan memaksa :)

pernah juga terpikir nak tukar kereta sebab tak suke color hitam (lagi pong kereta ni tak de apa2 kenangan terindah pun..) tapi bila fikir2 balik ... aghh biarkanlah, pakai je lah..

nak apply cuti

hi, nak cerita apa hari ni ye? .. mmm oklah, sebenarnya dalam kepala ni masih kosong lagi tapi semalam tiba2 je terfikir nak ambik cuti la.. hari tu dapat rekod baki cuti daripada bhg admin, rupa2nya cuti saya banyak lagi, ada dekat 25 hari lagi untuk dihabiskan dalam tahun ni heheheheheee...

tapi kali ni nak buat cara lain pulak, tak nak lagi gi cuti kat tanah tinggi macam selalu, kali ni nak try masuk hutan.. nak back to nature, rasa nak dekat dengan alam semulajadi, nak merasai kedamaian ... bunyi air sungai, burung2, serangga2 (unggas?) saya nak ke taman negara!! ha ha ha.. hu hu hu... ade yang nak ikut ke?? (boleh ke?) nak naik bot panjang melawan arus, nak rasa jeram dengan airnya yang amat sejuk, lihat ikan melompat2.. best..

resortnya dah ada dalam senarai, cuma nak tunggu tarikh yang sesuai utk confirm saja. alat pancing kena bawak, dapat ikan ke tak... tu tak kisah, kalu ada, adalah... pas ni nak pergi check ada ke tak pakaian yang sesuai yang nak dipakai kat sana nanti, kalu tak kena beli dulu.. beli kan mana? alahh... buat apa gi jauh2, kan area subang jaya ni pun banyak shopping complex apa.. kan? kan?.. oklah, apa2 pun saya akan update kat sini, bye..



Friday, May 29, 2009

mintak tolong?

sekarang ni dah agak lama tak sign in ym time malam tapi semalam entah mengapa rasa nak sign in je..bila dah masuk dan jumpa dia tu, maka terjadilah satu perbualan yg lebih kurang macam ni... dia cakap, "saya nak mintak tolong satu perkara", saya tanya, "ye, apa dia?".. "saya nak minta awk jangan mesej saya lagi", katanya .. saya jawab, "ok, kerana awak mintak tolong, saya akan tolong awak, saya tak akan mesej awak lagi",

moral of the story; barulah saya tahu yang selama ni saya dah banyak menyusahkan orang, masakan tidak, sampai tuan punya badan terpaksa mintak tolong agar saya tidak mesej dia lagi, betapa teruknya saya ... sedarlah saya yang selama ini mesej saya tu tak ubah macam gangguan sahaja. saya malu pada diri saya sendiri dan lebih2 lagi pada si penerima mesej tu.

kes macam ni belum pernah terjadi lagi dalam sejarah hidup saya. satu tamparan buat saya, tapi semua itu berpunca daripada saya sendiri, tidak tahu menilai diri sebelum mencuba sesuatu. tak kanlah seorang ir akan berkawan dengan staff biasa yang tak setinggi mana jawatanya, hahahahaa... kelakarnya saya, baru padan dengan muka saya... kalu kail panjang sejengkal, jangan lautan nak diduga, itu kata orang tua2 yang selalu kita lupa akan kebenaranya.

tapi tak apalah, kita akan lupakan segalanya, saya akan penuhi permintaanya, tak akan ganggu dia lagi. saya tak sesuai untuk jadi sahabatnya, hakikat itu saya telah terima, apa pun saya harap dia akan temui sahabat sejati yang boleh buat dia bahagia. saya doakan awak bahagia dan berjaya menjadi seorang ir yang hebat dan saya tak akan sekali2 buruk sangka kat awak, saya amat2 berharap agar awak selalu bahagia, penuh dengan senyuman dan sentiasa riang ria macam dulu2 (sebelum berkawan dengan saya) dan saya mohon maafkan segala kesalahan dan keterlanjuran saya terhadap awak selama ini.

sekian, bye ...

Tuesday, May 26, 2009

marah ke?

marah kita? alasan.... "sebab tak ada masa diperlukan" ayoo.. bunyinya macam biskut je, kejap ada, kejap tak ada.. heloo.. manalaaa kita tahu masa tu kita diperlukan, lagi pun sya bukanya dok kat sebelah awk sentiasa, kalu dok sebelah awk, sya tak akan lepaskan awk, sure berkepit je 24 jam, masa tu tak apalah, sya akan sentiasa ada cik kak oiii...

sya rasa tak adil la kalu pasal tu nak marah kat sya, carila kes lain... macam sya curi kasut bum awk ke, sya tertarik hidung awk ke atau sya tersepak kucing awk ke ... kalu lah sya ni superman atau apa2 saja yg boleh terbang2, awk panggil je... sya terus up2 and away... sampai kat awk, hehehehehehee... tapi sya ni insan yang lemah, banyak buat silap .. tak mampu nak buat macam tu, lagi pun sya tak bersayap, kalau ada pun yang dah rosak .. nak cari spare part susah ...

anyway, jangan marah2 ye, tak baik. hidup kena selalu senyum dan bersangka baik kat semua orang, kena control perasaan.. jangan perasaan (hati) yang control kita, selalu pikir positif.. hasilnya hidup akan menjadi lebih mudah dan ceria, ok..

Sunday, May 17, 2009

permaisuriku(?)

tika renungi malamku
bersama tirai perindu
potret permaisuriku

lenamu didakapanku
inginku belai rambutmu
saat malam malammu

walau kembara ku meredah alam maya
kan ku pertahan garis cinta kita

oh…
ku hancur dikala tak bersama
kau yang ku cinta
impi rinduku disaat mesra
kasih
oh …
terbina rona kota bahgia
permata dijiwa
kernamu

lautan duri ku tempuh
demi sucinya cintamu
tak ku hiraukan waktu

ampunkan kesalahanku
ku pinjam raut wajahmu
hanya kau yang kurindu