Saturday, December 27, 2008

selamat menyambut awal muharram

... dan yang pentingnya sebagai seorang muslim aku ingin menucapkan selamat menyambut awal muharram dan jangan lupa baca doa akhir dan awal tahun. terimakasih buat mereka yang telah mengingatkan aku yang hampir terlupa ini, walaupun secara sms.

hayatilah petikan dibawah;

doa akhir tahun, dibaca 3 kali pada akhir waktu asar atau sebelum masuk Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Kelebihan membacanya :
Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata
syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia2lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun."
doanya ....
"Segala puji hanya bagi Allah , tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan kemi Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Ya Allah , Sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganmu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu.
Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku bermohon keampunan dariMu , ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai, Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau.
Ya Allah , Ya Karim , Ya Zaljala li Wal Ikram. Selawat dan salam ke atas junjugan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah ,Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam .. Aminn"
doa awal tahun, dibaca 3 kali setelah masuk waktu Maghrib pada malam 1 Muharram
Kelebihan membacanya :
Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan."
doanya ...
"Segala puji hanya bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama2nya. Demi kelebihanmu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, Sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya , tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu. Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w ,serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam .. Aminn"
yang elok dan baik adalah dari Allah, tuhan sekelian alam, manakala segala silap dan salah adalah daripada kelemahan saya sendiri.

happy new year..

buat sahabat-sahabat di luar sana, terimalah ucapan " happy new year" semoga cita-cita anda telah tercapai(?) atau mungkin hampir tercapai, kepada yang tengah berusaha untuk mencapai cita-cita, " work hard dan work smart" saya doakan kejayaan anda.

satu perkara lagi, maafkan segala silap dan salah saya sepanjang 2008, doakan kejayaan kerjaya saya, semoga saya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam segala urusan, amin...

Wednesday, December 17, 2008

mc d

hi, prosperity burger dah keluar, apa kata .. jom kita gi mcd, pekena burger kesukaan saya tu dah tak sabar nak rasa black pepper sauce nya yang sedap tu ..

tidak marah

mungkin ada yang tersalah anggap, aku tak marah, tidak .. dan tidak sama sekali, aku ok je .. aku dah janji tak akan marah kat sapa-sapa, aku nak berbaik-baik je, yang lepas tu dah lepas, sebagai manusia kita tak lepas dari membuat kesilapan kerana kita ni insan yang lemah.

maafkan aku h******, dahla tu ...

nota kaki:(tiada)

apakah salah ...

bak kata datuk siti;
apakah salah jika aku menyinta
apakah salah jika engkau ternyata
pilihan hati
belahan jiwaku ini ...
nota kaki: jika kau dah buang aku daripada list, tak apa, aku tak kisah ... aku nampak nama aku macam dah tak ada je..

aku nak apply cuti

aku nak cuti sebab cuti tahunan aku masih banyak lagi. masih dok pikir nak habiskan cuti di mana. mula2 aku bercadang nak gi cameron highland, tapi sekarang ni musim hujan, mungkin kat sana akan bertambah sejuk! aku memang suka iklim yang sejuk dan nyaman.

kawan2 ku kat office semuanya hairan kenapa aku suka sangat gi ch, mereka tanya apa ada kat sana? mereka kata kat sana memboringkan, tapi bagi aku di sana aku dapat merehatkan minda dan melapangkan fikiran, best!

satu lagi, melaka ... aku suka melaka, ianya bandar bersejarah. aku pernah kesana 3d2n, tapi masih tak puas. banyak tempat yang aku belum aku jelajahi. masa di sana aku berkesempatan sembahyang di masjid kapitan keling, satu masjid yang sungguh unik dan cantik. istana melaka, a famosa, perigi hang tuah, makam hang jebat dan banyak lagi.

best makan ikan asam pedas melaka dan makan ikan bakar dengan nasi lemak, sesuatu yang pelik bagiku tapi okla, sedap! memang aku suka makan, kalu sampai ke sesuatu tempat, first sekali aku cari apa benda yang aku perlu makan yang mana makanan tu tiada di tempat asal ku tapi di johor, aku tak suka makan laksa johor, tapi aku suka sambal jawa, hari2 pun boleh makan ... awak pandai ke buat sambal jawa? heheh...


jangan mengeluh..

pesan orang tua-tua, jangan mengeluh.... kerana orang yang mengeluh adalah orang yang :

1) berputus asa
2) menyerah pada takdir
3) pasrah?
4) buntu or dah takde idea nak buat apa
5) cepat tua!
6) mahal rezekinya
7) hilang seri wajah (jaga2 ..)
8) tak bermaya
9) syaitan suke ...

aku tulis ini untuk buat peringatan pada diri ku dan pada sapa2 yang sudi, kalu baik ambik, kalu tak baik, buang je ... :)



Monday, December 15, 2008

terkedu aku ..

tak ..tak .., semuanya dah ok, kami dah buang yang keruh dan kami ambil yang jernih je ..
kami dah lupakan segala keterlanjuran kata-kata kami yang lepas, dah sama-sama minta maaf dan sama-sama senyum ... :)

Monday, December 1, 2008

sarawak II

Kusadari
Kesalahan ini
Yang membuat segalanya gelap jadinya

Ooohh kasihku
Kuharap kau mau
Memaafkan
Menerima
Pengakuanku

Jangan kau diam lagi
Ku tak sanggup menahan
Bicaralah kau sayang
Jiwa ini tak tenang

Cinta jangan kau pergi
Tinggalkan diriku sendiri
Cinta jangan kau lari
Apalah arti hidup ini
Tanpa cinta dan kasih sayang

sarawak I

Hi, adalah sikit nak cerita pasal lawatan kerja ke sarawak hari tu. aku berada di sana 5 d 4n, di holiday inn, pusat bandar kuching, tepi sarawak waterfront (best..) kat sana ada kawan yang tunggu kat airport kuching, check in hotel dan terus ke pasar satok utk makan tengahari.
sepanjang pengamatan aku, kat bandar kuching ni, aku tak jumpa pun restoran melayu, yang ada hanyalah kedai makan cina (daripada tulisan kedai dan rupa wajah taukey kedai) dan kedai makan mamak. kawan aku kata kalu nak beli ikan terubuk masin kat pasar ni la tempatnya, aku kata ok, tapi lain hari sebab nak balik lambat lagi...

lepas makan,balik ke hotel, aku mandi dan rehat sambil tu buka tv, tapi cerita tak best sebab tak banyak siaran astro yang ada, lagi pun asyik2 cerita sama. nak tido ke? ish... mana boleh, rugila datang jauh2 kalu nak tido, kat rumah pun boleh tido apa? aku pun siap2 sebab nak turun ke waterfront, bukanya jauh sangat, jalan kaki je.

waterfront merupakan satu landscaped esplanade yang terletak di tebing sungai sarawak, dari pemerhatian aku, sungai sarawak mempunyai air yang dalam, agak keruh dan tenang tetapi boleh berubah menjadi deras bila hujan turun ( kata orang, air yang tenang jangan disangka tiada buaya, heheheh ) terdapat banyak bot penambang yang berulang alik dari jeti waterfront ke seberang, kg boyan. bayaranya murah je, 50 sen satu trip yang mengambil masa lebih kurang 3 - 5 minit sahaja. semua sampan menggunakan pengayuh dan kuasa motor tapi yang menariknya engin motor hanya digunakan untuk 1 minit pertama sahaja, lepas tu sampan akan digerakan menggunakan pendayung dan momentum engin tadi :)

semasa jalan2 kat waterfront aku perhatikan banyak gerai2 yang dibina khas, mungkin oleh PBT untuk peniaga menjual hasil2 tempatan seperti manik2, mutiara, baju, kuih lapis sarawak dan banyak lagi local crafts. harga tidaklah mahal sangat dan berpatutan. ada juga tempat yang menjual makanan, tempat lepak sambil minum2 dan pentas hiburan.

aku suka tempat ini, tenang dan santai. best lepak kat sini sambil minum teh.. perhatikan orang yang jalan2 (kebanyakannya dari semenanjung) aku lepak kat satu kedai, pelayan tu tanya aku, " orang kl ke", aku terkejut, macamana dia tahu aku orang luar? mungkin kerana dah biasa kot? aku kata, " ya..ya, dia terus tanya lagi, " bila datang? dan tinggal hotel mana?", aku kata, "baru je, tengahari tadi, tinggal kat holiday inn", dia senyum.

masa lepak tu aku terfikir, orang sarawak ni memang peramah ( ye ker? ) tapi kalu aku kata, gadis sarawak (kebanyakanya) cantih dan berkulit putih, korang setuju tak? marah ke? ... aku tak maksud apa2, cuma bagi pendapat je ... heheheh... aku lepak sambil layan lagu kat gerai tu, lagu sheila majid, irama jazz moden, "cinta jangan kau pergi" lagu ni membuatkan aku teringatkan kat seseorang kat semenanjung, sedang buat apa agaknya dia, mungkin sibuk study .. tak dapat aku bayangkan indahnya kalau dia ada bersamaku pada tika dan saat ini .....