Saturday, October 11, 2008

cinta

Cinta .... pada pendapat aku untuk menghadirkan cinta kita perlu ada; kasih,sayang dan rindu. cinta itu buta,ya... aku setuju, kerana cinta tidak mengenal usia dan rupa. memang takut untuk melafazkan kata2 cinta jika dihati belum ada perasaan kasih,sayang dan rindu.

kita boleh mengasihi semua orang, sayang pada mereka yang rapat dengan kita dan rindu pada mereka yang berjaya menawan hati kita. hati yang rindu akan selalu bercakap2, jiwa tidak ketentuan, apa yang dibuat serba tak kena selagi wajah yang didambarkan tidak muncul di depan mata.

rindu tak semestinya dapat diubati dengan pandangan mata,luahan rasa juga lebih dari segalanya walaupun dengan media yang berbeza. internet contohnya, ym dan sebagainya dan
kadang kala ianya lebih kronik. keikhlasan penting dalam setiap percintaan kerana percintaan juga merupakan satu perkongsiaan. menerima cinta ibarat menerima satu tanggongjawab dan ianya perlu dilaksanakan dengan baik dan jujur, "tiada rahsia antara kita"

cinta sehingga akhir hayat, membawa ke mati, dari muda sampai ke tua, semasa sihat semasa sakit, susah senang tempuh bersama. cinta sejati sangat mahal harganya, bagi ku cinta sejati adalah bila aku lafazkan "aku terima nikahnya....." dan akan ku bina sebuah keluarga yang bahagia

cinta sejati akan bersatu dengan ijab dan kabul yang menghalalkan sesebuah hubungan zahir dan batin, akan ku ikat kau kemas dengan ikatan cintaku sebagai tanda kau milikku selamanya, insyallah.

3 comments:

Daya said...

finally jo post something..hehe :p

dlm cinta ada kasih,sayang dan rindu.
both side perlu ikhlas,setia dan jujur

jadi konklusinya,

Love is like a river, never ending as it flows, but gets greater with time !

tg johaza said...

ya2... :)

Daya said...

xD