Mood 1
lepas cuti raya hari tu aku demam,sakit sendi,pening kepala dan selsema. rasa malas nak gi kerja tapi sebenarnya mood aku yang tak ada, entah kemana menghilang. aku sambung lagi cuti, sepatutnya aku masuk office 7/10 tapi sambung lagi sampai 12/10. aku talifon office kata aku tak sihat.
mungkin sebab cuaca, masa drive balik ke trg hari tu cuaca agak panas dan jalan dan mula sesak. cuaca kat trg siang panas, petang mendung dan malam hujan, tengah malamnya pulak sejuk sangat, itula pasal aku dapat selsema. aku bertolak dari subang jaya jam 3.00 pagi, aku bersahur di shell petrol station, kat mc D sebelum masuk highway karak, area gombak.
aku ikut laluan lebuhraya pantai timur, keluar ikut tol jabor pas tu ke cherating, dungun, marang dan sampai ke k.trg ( orey.. balik kg ) sampai kat cendering + - jam 2.30pm. biasa aku drive selama 3 jam pas tu rehat sekejap. rehat pertama selama 1 jam, rehat ke dua 15 minit dan kebiasaanya aku akan berhenti rehat sebanyak 3 kali setiap kali aku balik ke kg atau dari kg ke subang jaya.
Mood 2
sambung balik cerita pasal aku demam, aku sampai di rumah di s.jaya jam + - 6.30 pm, badan dah letih dan lapar ( belum puas lagi makan rendang ) malasnya rasa nak kemas baju, aku terus lepak depan tv sambil menikmati air vanila coke.. lega ..
tiba2 je kepala aku terfikir pasal kerja, alamak malasnya, masih dalam mood raya ni.. ramai off. mate yang masih cuti lagi, keutamaan cuti diberi kepada mereka yang dah berkeluarga, yalah .. aku pun faham, aku orang bujang, mereka kata kat perlu cuti lama2
lepas sembahyang maghrib, badan aku dah rasa lain macam, sah aku ni demam, sakit kepala, batuk dan selsema. aku buat keputusan esok kena sambung cuti lagi, esok aku kena gi klinik.
Mood 3
esok jam 11.30pg aku terus ke klinik di s.jaya untuk mendapatkan rawatan. punyala ramai orang yang dah duduk menunggu untuk mendapatkan rawatan. kalu tak silap aku, aku no 13. lepas2 raya ni rupanya ramai orang yang tak sihat, mungkin kerana makan banyak kot kuikiukiukuikuik
aku tak kisah, lagi pun aku bukanya nak cepat, aku boleh tunggu sambil baca majalah kat klinik tu, boleh juga aku perhatikan gelagat orang yang ada kat situ. petugas kaunter tu pun boleh tahan jugak, kalu sakit sikit2 boleh baik kuikuikuikui... ( jangan marah ye.. )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


4 comments:
klu petugas kaunter tu lelaki,jo tunggu jugak ke?
balik kot rasa2nya..heheh xD
kalu lelaki, jo terus balik, kalu petugas tu cikyah, jo sanggup tido kat situ, jadi jaga.... :)
kuikuikui ye la tu :p
kalau tak, .. masakan burung tempua bersarang rendah..
Post a Comment