hi,agak lama blog ini tak aku postkan sesuatu, alasan biasa, tiada idea dan ketiadaan masa. sejak kebelakangan ini aku tertarik dengan senario politik semasa negara kita, macam2 hal berlaku. kadang2 bila difikirkan balik, yb2 kita ni perangai macam budak2, kita seolah2 nak kembali semula kepada zaman dulu kala dimana siapa "kuat" dialah yg memerintah.
yang paling memberi tumpuan (pada aku) ialah parti keadilan(?) rakyat, atau gabunganya, pakatan (?) rakyat. apa yang dirancang dan dibuat terhadap barisan nasional @ parti umno dahulu, sikit2 telah berbalik kepada mereka, sebagai contoh; siapa yg asyik mencanang yb2 supaya melompat parti? menubuhkan kerajaan baru? peletakan jawatan disebabkan isu moral? dan banyak lagi. bagi aku, kalu asyik meludah ke langit akan terkena atas muka sendiri akhirnya.
kerajaan pakatan(?) rakyat telah tumbang di perak kerana yb2nya melompat parti. mb (lama) dah jadi huru hara, umumkan bubur dun tanpa terlebih dahulu merujuk kepada sultan. kalu aku jadi sultan perak pun aku tak akan layan mb yang macam ni, kerana buat kerja membelakangi sultan. pembubaran dun perlu perkenan sultan, baru boleh umum!
dymm sultan telah pikir masak2, kerajaan pakatan(?) rakyat perak tu sapa? bekas mb yb mohd nizar hanya sebagai lambang saja, semuanya dikawal dan ditentukan oleh parti dap (ada org marah ke - kalu ada sila keluar dari blog aku ni) exco perak (pakatan rakyat) ada 10 org, cuba kaji dan tengok balik berapa org pas?, berapa keadilan? berapa dap? @ berapa melayu islam????
selepas pilihanraya dulu negeri perak terselamat disebabkan oleh adanya undang2 tubuh negeri, yang mewajibkan mb adalah dikalangan org melayu islam, kalu tak "dap" lah yang akan memerintah negeri perak (sendiri mau ingat) kemelut terjadi dan yg akhirnya diberi jawatan exco kanan.
kesimpulanya, dymm sultan perak telah menjalankan tanggongjawab dan amanah dengan penuh pertimbangan, yang sayangkan negeri perak dan mahukan ianya terus diterajui oleh bangsanya sendiri, bukan hanya sekadar sekumpulan pemukul gendang, tok dalang dan wayang kulit.
pesanan kepada org2 melayu yg merusuh dihadapan istana tempoh hari, ingat, sedar dan fikirlah, kerajaan apa yg tuan2 dok pertahankan, laungan takbir untuk membela sapa?
memalukan bila bangsa melayu menderhaka kepada tuan nya, bangsa lain sorak gembira, senyum simpul melihat pepecahan bangsa kita, bukakanlah minda dan fikiran tuan2 ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment