sampai office jam 7.20pg, masuk parking dan duduk termenung dalam kereta, malasnya rasa nak masuk office... kerja yang penting2 dah aku selesaikan semalam lagi, hari ni cuma nak buat semakkan semula je, semalam aku bawa balik kejer office kat rumah, habiskan masa hampir 2 jam untuk semak final report kewangan, aku buat 2 kejer dalam satu masa, 1 semak laporan dan 2 tengok berita tv3 (berita tv3 mesti,tak boleh miss)
masuk office, perkara yang aku selalu buat ialah;
1. tengok atas meja - ada surat yang penting2 ke tak, seperti mesyuarat ke, kursus ke...
2. on pc
3. buka blog dan baca, blog yang aku selalu ikut ialah seperti .....
4. Check emal rasmi (.gov.my)
5. Check email personal (heheheheee...)
6. Baca News paper secara online, selalu check pasal the latest news..
7. Baca pasal business, ekonomi, politik etc ...
dan banyak lagilah yang aku buat, boringkan? kan? hah.. tu lah, bila dah kejer ... boring... sapa kata dah kejer best? bawak sini jumpa aku.. sekarang ni pun aku masih terkenang masa aku kat u dulu, seronok, suka, dan ramai kawan, macam2 boleh buat, study sama2, gi cafe sama2, lepak ... main bola, kacau orang? (usik2 je), kacau pak guard? heheheee.. yang tension tu cuma masa exam, memanglah tension, semua orang akan rasa macam tu, tapi studyla .. itu saja ubatnya, masa main, kita main giler2, masa study, study sampai nak pecah kepala :)
dan kepada kamu yang tengah dok study tu atau yang tengah dok praktikal tu, buatla betul2, enjoy ur work, hargailah setiap detik kamu di situ sebab lepas ni bila kamu dah keluar kamu akan rasa macam aku, cuma jangan jadi giler dan jahat macam aku, rindu pada semua kenangan yang telah kamu lalui, hargailah ye ...


No comments:
Post a Comment