Sunday, June 21, 2009

apakah...

menyerdari diri ini siapa akan membuatkan kita selalu rasa tenang, ikhlas dengan apa yang kita lakukan supaya diri ini tidak mengharapkan yang lebih - lebih, kerana jika melakukan sesuatu dengan niat untuk mendapatkan balasan takut nanti diri ini akan kecewa. semua ada hak untuk melakukan sesuatu, selagi ianya tidak menyalahi undang - undang. kita berhak untuk menyatakan sesuatu pendirian atau perasaan dan jika ianya akan melibatkan orang lain, orang itu juga mempunyai hak untuk melakukan perkara yang serupa.

hak boleh diperjuangkan tetapi ianya tidak boleh dipaksa keatas orang lain. oleh itu, sedar diri akan membuatkan kita selalu rasa tenang dan tidak mudah kecewa. lain padang lain belalangnya, lain orang lain caranya. selalu mengharapkan sesuatu berlaku mengikut keinginan kita akan menyebabkan kita mudah kecewa.

dan yang pastinya, saya tak mahu kecewa...

1 comment:

Daya said...

lain macam bunyinya.
are you okay?