Monday, December 1, 2008

sarawak I

Hi, adalah sikit nak cerita pasal lawatan kerja ke sarawak hari tu. aku berada di sana 5 d 4n, di holiday inn, pusat bandar kuching, tepi sarawak waterfront (best..) kat sana ada kawan yang tunggu kat airport kuching, check in hotel dan terus ke pasar satok utk makan tengahari.
sepanjang pengamatan aku, kat bandar kuching ni, aku tak jumpa pun restoran melayu, yang ada hanyalah kedai makan cina (daripada tulisan kedai dan rupa wajah taukey kedai) dan kedai makan mamak. kawan aku kata kalu nak beli ikan terubuk masin kat pasar ni la tempatnya, aku kata ok, tapi lain hari sebab nak balik lambat lagi...

lepas makan,balik ke hotel, aku mandi dan rehat sambil tu buka tv, tapi cerita tak best sebab tak banyak siaran astro yang ada, lagi pun asyik2 cerita sama. nak tido ke? ish... mana boleh, rugila datang jauh2 kalu nak tido, kat rumah pun boleh tido apa? aku pun siap2 sebab nak turun ke waterfront, bukanya jauh sangat, jalan kaki je.

waterfront merupakan satu landscaped esplanade yang terletak di tebing sungai sarawak, dari pemerhatian aku, sungai sarawak mempunyai air yang dalam, agak keruh dan tenang tetapi boleh berubah menjadi deras bila hujan turun ( kata orang, air yang tenang jangan disangka tiada buaya, heheheh ) terdapat banyak bot penambang yang berulang alik dari jeti waterfront ke seberang, kg boyan. bayaranya murah je, 50 sen satu trip yang mengambil masa lebih kurang 3 - 5 minit sahaja. semua sampan menggunakan pengayuh dan kuasa motor tapi yang menariknya engin motor hanya digunakan untuk 1 minit pertama sahaja, lepas tu sampan akan digerakan menggunakan pendayung dan momentum engin tadi :)

semasa jalan2 kat waterfront aku perhatikan banyak gerai2 yang dibina khas, mungkin oleh PBT untuk peniaga menjual hasil2 tempatan seperti manik2, mutiara, baju, kuih lapis sarawak dan banyak lagi local crafts. harga tidaklah mahal sangat dan berpatutan. ada juga tempat yang menjual makanan, tempat lepak sambil minum2 dan pentas hiburan.

aku suka tempat ini, tenang dan santai. best lepak kat sini sambil minum teh.. perhatikan orang yang jalan2 (kebanyakannya dari semenanjung) aku lepak kat satu kedai, pelayan tu tanya aku, " orang kl ke", aku terkejut, macamana dia tahu aku orang luar? mungkin kerana dah biasa kot? aku kata, " ya..ya, dia terus tanya lagi, " bila datang? dan tinggal hotel mana?", aku kata, "baru je, tengahari tadi, tinggal kat holiday inn", dia senyum.

masa lepak tu aku terfikir, orang sarawak ni memang peramah ( ye ker? ) tapi kalu aku kata, gadis sarawak (kebanyakanya) cantih dan berkulit putih, korang setuju tak? marah ke? ... aku tak maksud apa2, cuma bagi pendapat je ... heheheh... aku lepak sambil layan lagu kat gerai tu, lagu sheila majid, irama jazz moden, "cinta jangan kau pergi" lagu ni membuatkan aku teringatkan kat seseorang kat semenanjung, sedang buat apa agaknya dia, mungkin sibuk study .. tak dapat aku bayangkan indahnya kalau dia ada bersamaku pada tika dan saat ini .....


No comments: