hayatilah petikan dibawah;
doa akhir tahun, dibaca 3 kali pada akhir waktu asar atau sebelum masuk Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Kelebihan membacanya :
Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia2lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun."

doanya ....
"Segala puji hanya bagi Allah , tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan kemi Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Ya Allah , Sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganmu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu.
Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku bermohon keampunan dariMu , ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai, Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau.
Ya Allah , Ya Karim , Ya Zaljala li Wal Ikram. Selawat dan salam ke atas junjugan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah ,Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam .. Aminn"

doa awal tahun, dibaca 3 kali setelah masuk waktu Maghrib pada malam 1 Muharram
Kelebihan membacanya :
Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan."

doanya ...
"Segala puji hanya bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama2nya. Demi kelebihanmu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, Sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya , tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu. Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w ,serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam .. Aminn"

yang elok dan baik adalah dari Allah, tuhan sekelian alam, manakala segala silap dan salah adalah daripada kelemahan saya sendiri.

No comments:
Post a Comment