Monday, January 12, 2009

cabaran

hi, sorryla kawan sebab dah lama tak tulis apa2. kebelakangan ni sibuk sangat, lagipun saya kerap out station. banyak kejer nak disiapkan. tau sajala keadaan sekarang ni, ekonomi pun bukanya baik sangat, tapi negara kita bernasib baik sebab kesanya tidak secara langsung (buat masa ni la) setengah tahun akan datang belum pasti lagi.

ekonomi sesebuah negara berkait rapat dengan keadaan politik negara tersebut. politik negara kita stabil ke? kerajaan kita kukuh ke? kalu lihat perbahasan di dewan rakyat, parti pemerintah kerap "digertak" oleh pihak pembangkang, lantas pihak kerajaan "hilang punca" dan kekeringan hujah untuk membela.

kekuatan bangsa melayu .. dimana? pada ekonomi? jauh sekali, hanya segelintir yang berjaya, itupun melalui DEB, projek anugerah dan sebagainya. kuasa politik? ... ( pikirla sendiri) melayu berpecah belah dalam 2 parti besar yang masing2 mahu menonjolkan diri sebagai pembela.
tak takutkan bangsa melayu hidup dalam pepecahan? cuba kita hitung peratus YB melayu dan islam yang ada dalam kerajaan sekarang (UMNO + PAS + Keadilan,Bebas) dan peratus YB bukan melayu + islam (BN,Keadilan,DAP,MIC,MCA,Bebas,GERAKAN,PPP + sabah + serawak)

kebelakangan ini amat sedih bila YB melayu dan islam tidak bersatu hati dan bersepakat dalam isu2 yang melibatkan kepentingan kaum melayu dan islam. secara jelas, MCA, Gerakan dan DAP telah bersatu dalam isu2 yang melibat kepetingan kaum mereka, contohnya isu sek.(J) kebangsaan, penggunaan bahasa kebangsaan dan sebaginya.

jom la kita sama2 pikir, nak jadi YB tapi untuk apa? apa niatnya? nak menolong dan membela rakyat? atau nakkan kuasa! bila ada kuasa akan ada projek dan bila ada projek maka akan ada wang masuk! amat malang sekali jika terdapat YB yang sebegini. jadilah YB yang bertanggungjawab, kerana setiap tanggongjawab akan diaudit di akhirat kelak (itu pun kalu pecaya pada hari akhirat) baik dibalas baik dan jahat amat pedih seksaanya.

1 comment:

Daya said...
This comment has been removed by the author.