Wednesday, January 28, 2009

politicking lagi...

ayoo.. apa nak jadi ni? mau test market ke? serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatanya secara telus dan adil. tak payahlah nak buat perhimpunan haram atau perarakan yang boleh mencetuskan ketegangan kaum dan menjejaskan kestabilan politik dan ekonomi. jangan ada pihak ke 2 yang berniat nak ambil kesempatan daripada keadaan ini.

kalu ada kes, pihak pendakwa raya mesti mengambil tindakan ke atas penyalahgunaan kuasa oleh anggota polis dan jika terbukti ada kes, 2 orang timb.menteri terlibat harus dihadapkan ke muka pengadilan kerana menceroboh bilik mayat hosp serdang. terlalu banyak campur tangan politik akan menyebabkan kes ini bertambah gawat. atas apa alasan sekalipun, isu kaum tidak harus dibangkitkan sama sekali.

siasatan harus dijalankan secara telus dan adil, yang bersalah mesti dihukum tanpa mengira kedudukan dan jawatan politik. hormati undang2 yang dibuat oleh ahli YB sendiri. kenyataan untuk membela 2 orang timb. menteri jika mereka didakwa oleh pihak polis atas tuduhan menceroboh bilik mayat adalah satu kenyataan berbau politik yang amat memualkan, lebih2 lagi ianya datang daripada bekas menteri dan orang kuat kerajaan.

setiap orang berhak untuk diadili secara adil dan saksama. setiap orang berhak untuk mempertahankan diri dan membela diri dari tuduhan. itu tidak dinafikan sama sekali, tetapi kita janganlah melatah, terus mengeluarkan kenyataan tanpa berfikir panjang. kepentingan negara, keamanan dan kemakmuran perlu dijaga bagi membolehkan kita hidup dengan selesa.

kita perlukan sebuah negara yang aman dan makmur bagi mewujudkan suasana ekonomi yang sihat. rakyat yang hidup dalam negara sebegini akan menghasilkan produktiviti yang berdaya saing, maju dan dapat melaksanakan aktiviti harian dengan sempurna. bukan saja mengejar dunia, malah kegiatan akhirat juga dapat dijalankan dengan baik. contohnya, tiada siapa yang akan ditembak atau dibunuh jika ke masjid atau surau untuk mengerjakan ibadat, derma atau sedekah dapat diberi kerana rata2 rakyat berkemampuan, pelbagai bangsa duduk dalam satu pejabat tapi tiada pun yang bercakaran, dapat memandu kenderaan dengan aman di jalanraya tanpa rasa takut (kecuali pemandu mabuk dan mat rempit)

kepada YB2, usahlah terlalu mencari kepeningan diri dan kedudukan politik. akibat yang akan menimpa ialah kepada rakyat bawahan, kamu bangkitkan kemarahan rakyat, kamu bakar perasaan rakyat, terpekik terlolong dijalanan, berarak ke hulu ke hilir bersama rakyat, apa yang rakyat dapat? jawapanya mudah saja, rakyat hanya dapat lapar dan dahaga! kamu??? macam biasala, gaji ribu2, berkereta mewah, makan dan minum di hotel, tiba dijemput, pulang dihantar, jadi kamu YB2, pikir2kanlah sendiri.

1 comment:

Daya said...

1

2

3

.
.
.

Still counting..