Friday, May 29, 2009

mintak tolong?

sekarang ni dah agak lama tak sign in ym time malam tapi semalam entah mengapa rasa nak sign in je..bila dah masuk dan jumpa dia tu, maka terjadilah satu perbualan yg lebih kurang macam ni... dia cakap, "saya nak mintak tolong satu perkara", saya tanya, "ye, apa dia?".. "saya nak minta awk jangan mesej saya lagi", katanya .. saya jawab, "ok, kerana awak mintak tolong, saya akan tolong awak, saya tak akan mesej awak lagi",

moral of the story; barulah saya tahu yang selama ni saya dah banyak menyusahkan orang, masakan tidak, sampai tuan punya badan terpaksa mintak tolong agar saya tidak mesej dia lagi, betapa teruknya saya ... sedarlah saya yang selama ini mesej saya tu tak ubah macam gangguan sahaja. saya malu pada diri saya sendiri dan lebih2 lagi pada si penerima mesej tu.

kes macam ni belum pernah terjadi lagi dalam sejarah hidup saya. satu tamparan buat saya, tapi semua itu berpunca daripada saya sendiri, tidak tahu menilai diri sebelum mencuba sesuatu. tak kanlah seorang ir akan berkawan dengan staff biasa yang tak setinggi mana jawatanya, hahahahaa... kelakarnya saya, baru padan dengan muka saya... kalu kail panjang sejengkal, jangan lautan nak diduga, itu kata orang tua2 yang selalu kita lupa akan kebenaranya.

tapi tak apalah, kita akan lupakan segalanya, saya akan penuhi permintaanya, tak akan ganggu dia lagi. saya tak sesuai untuk jadi sahabatnya, hakikat itu saya telah terima, apa pun saya harap dia akan temui sahabat sejati yang boleh buat dia bahagia. saya doakan awak bahagia dan berjaya menjadi seorang ir yang hebat dan saya tak akan sekali2 buruk sangka kat awak, saya amat2 berharap agar awak selalu bahagia, penuh dengan senyuman dan sentiasa riang ria macam dulu2 (sebelum berkawan dengan saya) dan saya mohon maafkan segala kesalahan dan keterlanjuran saya terhadap awak selama ini.

sekian, bye ...

No comments: