Sunday, May 31, 2009

apply cuti ii

yeh yeh... minggu depan kita cuti 1 minggu, hehehehee.. relax betul dan kita jadila gi bercuti kat taman negara tu. baik punya holiday. tapi sebelum tu kenalah siapkan segala kerja2 yang penting2 dulu. harap dapat cuti dengan aman kat sana ( ada line hp ke kat sana? ) takut nanti ada yang call tanya pasal kejer .. argg boring giler..

kawan yang lain pun dah tak sabar nak gi sana, resort dah booking, 3 semuanya, maknanya kami akan pergi dalam 6 orang paling ramai. setakat ni 4 orang dah setuju nak pergi dan masih ada 1 resort lagi yang masih kosong, tapi pembatalan resort tu boleh dibuat sekurangnya 24 jam sebelum tarikh check in.

kawan sorang tu bawa family sekali, oklah.. kan sekarang time cuti sekolah, jadi gunakan lah masa terluang yang ada ni untuk bersama2 keluarga tercinta hua hua hua... yang bujang tu, buatlah cara orang bujang ye...

No comments: