
Korang ingat tak hari tu aku pernah story pasal time mechine atau alat yang boleh bawa kita kembali ke zaman lampau. Loni aku nak kabor sikit ape yang aku akan buat kalu aku ade bende tu. Pastinya aku akan kembali ke zaman kesultanan Melayu Melaka sebab aku nak sangat jumpa dengan Hang Tuah, buat ape? itula, korang tak tahu, aku nak tanya Hang Tuah sejarah yang kita belajar selama ni kat sekolah tu betul ke tak, atau sengaja diada2kan dan ditokok tambah oleh penjajah dengan bantuan mereka yang "berkepentingan" , sebab aku rasa sejarah kita "semacam" je. Masa sekolah dulu aku tak belajar sejarah, sebab aku aliran sains, tapi aku amat meminati sejarah. Aku ade buat sedikit kajian, adelah beberapa faktar yang aku jumpa tu agak meragukan.
Sape sebenarnya Hang Tuah? Betul ke Hang Tuah bertikam dengan Hang Jebat? macam dalam filem je...kenapa ade perigi Hang Tuah Di Pattani? kenapa ade Universiti Hang Tuah Di Indonesia? Kenapa Batu Bersurat Terengganu dijumpai dalam sungai? sengaja dibuang atau satu cara untuk sembunyikan batu tersebut agar tidak jatuh ke tangan penjajah orang putih. Nak buat ape dengan batu tu? nak buat ape lagi, nak musnahkanlah, nak hapuskan bukti sejarah islam , bangsa dan negara kita, oklah, kita sama2 fikirkan.
ps: Gambar di atas adalah Makam Tun Saaban Ibni Nai Hisbul Muadzam Shah @ Narai (Ayuthia) @ Iskandar Muda Thani (Acheh) @ Laksamana Hang Tuah (Melaka) di Acheh. Al fatihah.
"terimakasih kepada anai-anai semoga perjuangan mu menemuai kejayaan"


No comments:
Post a Comment