Friday, June 6, 2008

Zaman menegah

Aku menghabiskan zaman sekolah menegah ku di sekolah berasrama di bandar. Pengalaman di asrama pada mulanya amat haru biru. Pada malam pertama banyak cubaan dan godaan, biasalah budak lelaki, masing2 nak tunjuk hero. Pada malam tu, time aku nak masuk tido aku diarahkan oleh seorang abang senior (agaknya lah) untuk naik ke tingkat atas, katanya ade orang yang nak berkenalan. Memang aku dah agak dah... tapi aku buat dont know je.. selang 15 minit kemudian, seorang lagi utusan datang dengan membawa hajat yang sama. Hati aku berkata kes ni tak akan selesai selagi aku tidak menuruti kehendak mereka, jadi aku pun naiklah...

Sesampai je kat dorm tu, aku lihat sekumpulan pelajar telah siap sedia menunggu ku dengan pelbagai gelagat dan gaya. Pelbagai soalan diajukan kepada ku, macam sesi interview kerja pulak, belum habis jawab soalan 1 soalan 2 dah ditanya.. i say man, tapi aku tetap sabar dan tekun melayan kerenah mereka sorang demi sorang.

Tiba - tiba sedang mereka asyik membuli aku, datanglah 2 orang brother uppersix yang mendakwa mengenali ku. Seorang daripada mereka memegang dan terus menarik tangan ku, dengan berkata " pergi balik dan tido, jangan dilayang mereka ni semua, ape2 hal biar abang yang tanggong", aku terkejut dan dengan terpingga2 aku terus turun ke bawah dan duduk di katil. Bagaimanapun aku tidak dapat melelapkan mata kerana memikirkan ape yang akan berlaku seterusnya.

Keesokanya riuh satu asrama bercerita pasal ku, aku yang ditolong oleh pelajar uppersix daripada dibuli oleh pelajar "hingusan" yang berlagak sebagi pelajar senior. Barulah aku tahu mereka semua adalah pelajar sebayaku juga, cuma mereka terlebih dahulu masuk asrama. Selepas kejadian tu, aku terus berkawan baik dengan brother tu, rupanya katilnya bersebelahan dengan katilku, cuma aku yang tak perasan dan yang pasti tiada lagi sesiapa yang berani menyentuh dan membuliku selepas itu.

No comments: