Friday, June 6, 2008

Zaman tadika ku...

Aku telah dihantar oleh kedua ayahanda dan bonda ke tadika
aliran orang putih di tengah bandar, kalu tak silap tadika tu namanya St Martin.
Dengar namanya pun kau orang dah tahu, itu tadika ape. Kenapa hantar kat situ?
aku sendiri pun tak pasti, mungkin keadaan pada masa tu kot...
Kat tadika tu best sangat, teacher nya baik dan amat mengambil berat.
Persekitaran yang bersih dan selesa untuk belajar. Aku masih ingat lagi, setiap
hari ahad, kami akan masuk kelas lewat sedikit, sebab semua teacher dan
murid2 lain akan ke bangunan gereja kat sebelah (Opss..) kami yang beragama islam
tengok dari luar je, yang bermain kat play ground pun ade. Aku masih ingat
seorang teacher akan memainkan piano dan yang lain2 akan menyanyi, dulu
aku tak faham ape yang dia orang buat, sekarang aku dah tahu, itu agama
dan kepercayaan mereka, biarkanlah.
Sebelum rehat kami semua akan diberikan makanan dan minuman. Kesemuanya
tu tak payah beli, diberkan percuma je, nak banyak mana pun ambiklah
(tapi itu sebenarnya bukan percuma, telah dibayar dalam yuran bulanan... manalah aku tahu,
masa tu aku kecik lagi)
Sebelum makan, kami diwajibkan berdoa secara beramai2, sebenarnya kami
cuma "say amen" untuk doa yang dibacakan oleh teacher je, tapi doa kat sapa
aku tak pasti.
Baru2 ni aku ke bandar (masa cuti) cuba cari2 tadika tu tapi aku dimaklumkan bahawa
bangunan tadika tu telah dirobohkan untuk memberi laluan kepada agenda
pembangunan negara. Masih wujud atau tidak tadika itu sampai sekarang
pun aku tak pasti, mungkin masih beroperasi tapi di tempat lain.
Tiggal dalam kenangan buat steve,maria,abang,hisham,wati,muru,selven,abeng ect..


No comments: