Saturday, June 7, 2008

Nak jadi pilot

"Kapalterbang" , entah mengapa saya minat dengan benda ni, masa kecik2 dulu pun memang dah ade cita2 nak jadi pilot (bukan jadi kapalterbang!) nak tahu tak, saya pernah mintak jadi pilot, alah.. pilot penerbangan malaysia(mas) . Saya apply senyap2 je sebab keluarga terutama bonda amat tidak bersetuju dengan pilihan saya ni. Kata bonda kerja tu bahaya dan time kerja tak menentu, tetapi ayahanda ok je, dia tak kisah, janji kerja tu halal.

Sebulan kemudian saya terima tawaran untuk hadir ke sesi interview bertulis. Saya pun pergilah, alamak ingatkan interview bertulis camana, rupanya exam bertulis, sikit punya susah. 1 soalan kena jawab dalam masa 30 saat. Masa rehat kita tanyalah kat jurulatih tu, apasal bagi masa sikit sangat, dia jawab " kamu kena belajar berfikir selaju kapalterbang, kalu kamu ambil masa lama sangat, elok saja kamu nak buat keputusan, kapal kamu tu dah terhempas", "sapa nak jawab, nyawa penumpang sapa nak tanggong". kami semua terdiam, betul gak kata jurulatih tu ( dia jurulatih pilot tudm) kami pun tak berani nak tanya lagi.

Pas tu saya cuba hampiri seorang mamat yang saya lihat macam bagus je, dia dressing ala pilot mas, kami borak2 dan cerita pasal diri masing2. Rupa2 dia seorang co pilot yang bawak kapalterbang 1 engin dari P.Pinang ke P. Langkaw dan dia dah ade ppl dan tengah ambil clp. Saya amat yakin peluang dia cerah untuk join mas, Saya ape ade, harapkan nasib je lah. Keputusan diumumkan pada hari tu gak, walaupun saya gagal, saya tetap bersyukur kerana saya tersenarai sebagai calun simpanan, tapi saya dah agak dah.. macamana nak lawan, mereka semua tu dah ade lesen, dah biasa bawak kapalterbang, saya bawak ape? mungkin berkat doa bonda saya yang dari awal lagi tak setuju dengan pilihan untuk jadi pilot .... heheheheheh

No comments: