Sekarang ni sibuk orang bercakap pasal sukan, tulis pasal sukan atau mengulas pasal sukan. Ade yang minat badminton dan ade yang minat bola. Bagi saya, minat tu datang disebabkan oleh beberapa faktor, mungkin faktor persekitaran, keluarga, kawan2 dan juga faktor "minat" kita kat pemain permainan tu. Saya ade cerita yang nak dikongsikan bersama, taknak cerita pasal orang lain, tapi ni cerita benar, cerita pasal diri saya.
Masa kat U dulu, girlfrend saya ( actually my ex girlfrend ) adalah seorang pemain tenis. Bukan saja mewakili U malah beliau juga mewakili negeri .... Oleh kerana minat dia kat tenis maka bolehlah dikatakan hampir hari2 dia akan berlatih dan bermain tenis. ( tapi kita masih ade masa untuk berjumpa ) Keadaan ini sedikit sebanyak menyebabkan saya mula berjinak2 dengan permainan tenis, walaupun pada mulanya saya tak minat dengan bende ni. Banyak perkara yang saya belajar melalui beliau. Bila kita keluar, saya akan ikut dia melihat peralatan tenis dan ade kalanya borak pasal game terbaru, sapa lawan sapa, sapa menang dan begitulah seterusnya.
Bayangkan kita pernah main tenis bersama jam 2.00ptg di tengah terik mentari. Kebiasanya dia yang selalunya menang. Bukanya saya tak pernah menang, ade juga game dia yang kalah tapi setiap kali dia kalah saya rasa semacam je, sengaja dia buat2 je bagi kalah.
Semakin hari, minat saya kat tenis semakin menebal. Kalau ade peluang kita juga pergi melihat perlawanan tenis yang diadakan disekitar KL.
Kadang2 ade ketikanya saya merasa pelik dan hairan, bagaimana saya boleh meminati sukan kerana sebenarnya saya bukanlah seorang kaki sukan, jauh sekali kalau nak berjaga malam tengok tv tunggu siaran langsung, baik saya tidor atau tukar siaran lain.
Dan sekarang, ketika ini dan saat ini, kami tidak lagi bersama dan saya tidak lagi mengikuti perkembangan sukan tenis. Bola dan reket tenis dah lama tak disentuh. Kenangan bermain tenis hampir dah saya lupakan, cuma baru2 ni je, saya terlihat rancangan teksi tunai kat tv, ade satu soalan yang ditanya, " apakah nama permainan yang menggunakan istilah "love" dalam pengiraan mata?" dan tentu sekali dengan pantas saya dapat menjawab, TENIS! ... YA, BETUL ..
Kesimpulanya, adekan minat saya itu disebabkan oleh seseorang? katakan lepas ni saya meminati seseorang yang meminati badminton, adekah saya juga akan turun sama meminati badminton? dan lagu mana jika dia meminati bola jaring? oh tidakk!! saya tidak akan sekali - kali bermain bola jaring.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


1 comment:
Post a Comment