Tuesday, June 10, 2008

Catatan perjalanan ke Tawau



Cerita pasal aku ke Tawau, Sabah, aku nak story sikit je, takut nanti korang boring. Perjalanan hari tu cukup meletihkan minda sebab dari KLIA aku tak dapat direct flight tapi kena singgah di Kota Kinabalu. Aku transit kat KK dekat 45 minit, takde benda boleh dibuat cuma pusing2 kat dalam airport je.

Aku nak syorkan kat korang, kalu g ke Tawau, jangan lupa ke Pasar Gantung - boleh beli belah kat situ, semua barang ade, mutiara Sabah murah2 je, pas tu kena g Semporna, tapi berhati2 sebab kat situ lain macam sikit, buat cam orang biasa je, kat situ ade restoran terapung dan pusat beli belah. Juga berhati2 dengan penjual jalanan yang siap sedia menunggu di kawasan sekitar Kedai terapung. Mereka biasanya akan menawarkan mutiara serta cat eyes.

Kita boleh menolak tawaran mereka dan kata "tak nak", tapi jika mereka nampak kita beli benda yang sama di kedai terapung tu, siapla kita, keluar je dari kedai tu, kita pasti akan diasak bertubi2 oleh mereka, mendesak agar kita turut membeli barangan mereka dan kalu kita setuju membeli barang mereka tu, lagilah ramai yang akan datang dan merayu supaya kita juga membeli barangan mereka. Ade yang berkata "tolonglah, satu barang pun belum laku lagi hari ni, nak makan pun tak duit", sambil menunjukan dompet duit yang kosong, aku jadi terkedut, kadang2 mereka merayu dan kadang2 mereka mendesak, akhirnya aku hulurkan RM 40, mintak mereka bahagikan diantara mereka berdua, lantas mereka hulukan kepadaku satu envelop kecil yang penuh dengan batu cat eyes. Mereka ucapkan terimakasih dan aku terus naiki 4WD yang telah siap menunggu.

Dalam perjalanan pulang ke hotel, aku terfikir sendiri, Pekan Semporna sepatuhnya dimajukan lagi terutama dalam aspek ekonomi (pelancungan dan aktiviti sokongan), kebanjiran pendatang Filipina sepatutnya diberi perhatian yang lebih seius oleh kerajaan, penumpuan perlu lebih kepada penambah baikan tahap ekonomi penduduk tempatan. Dengan kata lain aktiviti ekonomi perlu digiatkan. eh.. sorri ya, dah terlajak panjang storyku ini, stop dulu...

1 comment:

Daya said...
This comment has been removed by the author.