Masa form 4 - form 5 aku dok di asrama, Best ke? mmm bolehla, ade masa best dan adakalanya menyusahkan, yang paling tak seronok bila asrama kami mengalami "kepupusan" bekalan air. pehh, camne nak mandi dan melakukan aktiviti lain seumpamanya. Peritnya masa aku form 4, biasaler, masa tu power pun kurang, jadi takleh lah nak buat something yang diluar kebiasaan. Masalah putus bekalan air kerap gak terjadi, maklumlah asrama kami dekat dengan bandar, banyak kerja2 berkaitan pembangunan yang sedang dijalankan dan ini secara tidak langsung akan menjejaskan "main paip"
Ketika aku di form 5, masalah ketiadaan air, aku dah tak heran, Apasal? sebabnya akukan dah senior, power pun dah lebih ... ahahahahah... Pernah satu kes tu masa air tak de, aku dgn beberapa orang kawan cuba memcari jalan penyelesaian, pikir punya pikir, akhirnya kami dapat satu idea, apa kata kalu kita panjat tangki air asrama dan gunakan air tangki tersebut, lagipun tangki tu taklah tinggi sangat, lebih kurang 7 kaki je dari paras lantai. ( adik2, jangan tiru idea kami ni, sebab ianya menyalahi undang2 asrama )
kami semua pun bersetuju, tugas memanjat dan seterusnya meninjau tahap keselamatan tangki kami serahkan kepada seorang kawan yang sememangnya mahir dalam bab panjat memanjat. ( jangan tiru, aksi ini hanya boleh dilakukan oleh professional sahaja ) nasib menyebelahi kami, binaan tangki tu memang dah ade tangga, air tangki ade separuh, keadaan sekitar selamat dan "line clear"
Kami sepakat ( biar pecah di perut jangan pecah di mulut ) untuk mandi menggunakan air yang masih ade tu, tapi mesti guna cebuk. Ape lagi kami berlima pun mandile sepuas hati, bermaharaja lela dengan air yang tak seberapa tu. Dah siap aku mandi, adelah kawan sorang yang masih belum selesai lagi, " jom la oooi, dah sejuk ni, simpanla air tu sikit kat orang lain," kata ku, "ok2, sikit lagini" katanya. Aku pun terus balik ke bilik. Lebih kurang 10 minit, aku dah siap berbaju dan seluar, tapi mamat tu masih tak nampak lagi batang hidung. Aku tertanya2, mana pulak si mamat ni, takkanlah tak siap2 lagi.
Aku dengan tangkas dan lajunya terus pergi ke tangsi air tersebut untuk menjalankan misi mencari dan menyelamat ... akhirnya, adihh, pedih, pilu, aaaaaaa..tidak!!! sahabat baikku.. sungguh tak ku sangka.... dia berlaku curang dibelakang ku, dia dengan senang2 hatinya dok berenang - renang dalam tangki air tersebut, "apasal kau masuk dalam tangki ni, nanti habisle kotor, camne nak guna air lepas ni," kata ku dan dengan selamber dia menjawab, " kau mareh ke?, kalu nak, jom ler mandi sama." katanya sambil tersengeh.
Aku bukanya marah, walaupun ape yang kawan aku buat tu salah, tapikan ... bila difikirkan balik, sebenarnya aktiviti kami tu pun dari awal2 lagi dah salah dan sememagnya menyalahi undang2 asrama, itula pasal, so sendiri mau ingat le.... ( apasal tak bagitahu awal2 nak terjun tangki, aku pun nak gak, skg ni aku dah siap pakai lawa2, habis cam ne .. waaaaa.. )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


1 comment:
Post a Comment