Aku cukup tak suke bila benda yang aku harapkan akan jadi begini akhirya jadi begitu, korang faham ke ape yang aku maksudkan? mudah je, katakan kita nak a, tapi tiba2 je dapat b. Bagi setengah orang benda ni biasa je, ape susah ambik je b tu. Bagi aku, mana boleh, aku dah niat nak a, aku nak a la, mana boleh aku nak ambik b! ... gitulah diantara contohnya.
Mungkin ini diantara keburukan yang terdapat pada diri ku. Pernah satu hari aku ditegur oleh kawan serumah disebabkan oleh sikap ku ini. Kesnya kami keluar g makan sama2, masa kat rumah aku bagitahu yang aku nak makan nasi goreng sardin. Semasa pesan makanan, pelayan tu bagitahu nasi gorang sardin tak de, dah habis ... kesudahanya aku terus tak makan, tak de selera, mood pun dah hilang sebab ape yang aku hajatkan tu aku tak dapat, order minum jelah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


1 comment:
Post a Comment