Friday, June 6, 2008

Zaman menegah 2

Semasa di form 5, aku bolehlah dikatogerikan sebagi pelajar yang dikenali ramai. Subjek yang paling aku minati ialah biologi dan add math. Aku selalu score dalam kedua2 subjek ni. Aku bersama 4 orang sahabat baik selalu je melakukan "aktiviti" bersama ( yang tak menyalahi undang2 negara) walaupun makanan disediakan di asrama, tapi aku and the geng selalu je makan kat luar, bukanya sebab banyak duit, tapi sebab masakan kat asrama kami tu tak sedap, hehehehe.. jangan marah makcik asrama.

Aku tak ade awek ke?? nak jawab ke soalan ni... ade, dan aku juga perasan (bukan ditimpa perasaan) ade awek yang minat kat aku, tapi aku ni jenis yang memilih sikit (sikit je, bukanya banyak) tapi aku ade syok kat satu awek tu, budak form 4, masalahnya aku banyak saingan, ramai pulak yang minat kat dia. Aku suka kat awek tu, tapi awek tu tak suka kat aku. Bila ade awek yang suka, aku pula tak berkenan... habis nak wat camane?

Pas tu ade seorang kakak uppersix nak buat aku sebagai adik angkat. Kakak tu lawar. Aku pun setuju je sebab niat dia baik, lagi pun bolehlah dia ajar aku sebagai persediaan menghadapi spm nanti. Aku masih ingat semasa kakak tu bawak aku pulang ke rumahnya di kampong, aku berkenalan dengan semua ahli keluarganya. Rupa2nya dia ade adik perempuan form 3 dan seorang adik lelaki sebaya ku. Adik lelaki tu macam tak mesra je dengan ku, mungkin dia jelous
sebab dia fikir aku nak rampas kakak dia, mana ade, aku dah anggap kakak dia macam kakak aku.

Aku ni jenis yang study ikut mood, kalu mood aku tak ade atau hilang entah kemana, aku buat ape pun semua tak menjadi tapi kalu mood aku ade dan aku rasa nak study, senang2 je fakta2 dan nota2 ringkas ( .. dengar tu idayah, "nota ringkas") tu masuk ke dalam kepala otak aku. Aku study giler2 1 bulan sebelum final (SPM) tapi janganlah tiru cara aku, cara kita mungkin tak sama dan tak sesuai untuk semua orang. Ape yang aku buat? .. aku study menggunakan nota ringkas dan membuat latihan dengan menjawab soalan tahun2 lepas. Aku ade koleksi soalan SPM 10 tahun, aku selesaikan semua soalan SPM tahun lepas dan 10 tahun yang lalu, juga topik2 yang diramalkan bakal keluar pada tahun ni. Sehinggakan kepala aku pun dah naik tepu dengan soalan, bayangkan belum habis aku membaca soalan, aku dah dapat mengagak jawapanya.

walau apepun aku kena confident untuk menghadapi SPM, disinilah akan bermulanya masa depanku (semuanya di tangan tuhan) Seminggu sebelum SPM, setiap malam selepas Isyak aku akan sembahyang hajat, memohon pertolongan dariNya semoga diberi petunjuk, diterangkan hati, diberikan kelapangan, kesihatan dan diberikan segala kemudahan untuk aku menghadapi SPM. Bila tiba saatnya, dengan izinNya aku dengan begitu selesa bertarung dengan SPM, aku juga disenaraikan sebagai pelajar berpotensi untuk score A. Alhamdulillah..

1 comment:

Daya said...
This comment has been removed by the author.